PIHAK Berkuasa Kesihatan Hubei melaporkan 108 lagi pesakit meninggal dunia pada Rabu menjadikan jumlah kematian 2,029. Secara keseluruhan kematian di tanah besar China sekurang-kurangnya 2,112.
Dua negara lagi mencatatkan kematian pertama iaitu di Iran dan Korea Selatan sementara jumlah kes keseluruhan kini melebihi 75,000.
Di Iran, dua pesakit meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19 pada Rabu. Ini korban pertama di Asia Barat dan yang ke-7 dan ke-8 di luar China.
Agensi berita IRNA pula memetik jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour, sebagai berkata virus terbabit dikesan pada dua warga emas dengan masalah imuniti di Qom yang terletak di selatan ibu kota Iran.
“Dua pesakit itu didapati positif dalam ujian awal. Malangnya, kedua-dua pesakit itu meninggal dunia di unit rawatan rapi atas faktor usia tua dan masalah sistem imun mereka,” katanya.
Ketua unit penyakit berjangkit di Kementerian Kesihatan Iran, Mohammad Mehdi Gouya, berkata dua mangsa terbabit adalah penduduk Qom yang tidak diketahui sama ada mereka ke luar negara sebelum ini.
Di Korea Selatan sebanyak 53 kes baru disahkan positif dan seorang meninggal dunia. Jumlah kes di Korea Selatan meningkat kepada 104 kes. kes kini meningkat kepada lebih 75,000.
Sementara itu, di Chicago, Reuters melaporkan saintis di China yang mengkaji 18 pesakit koronavirus baru berkata virus itu bertindak lebih serupa selesema daripada virus lain yang berkaitan. Ia mungkin merebak lebih mudah daripada yang dipercayai sebelum ini.
Walaupun masih di peringkat awal, dapatan itu menawarkan bukti baharu bahawa Covid-19, tidak seperti koronavirus lain yang berkaitan dengannya.
Tidak seperti Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars), yang menyebabkan jangkitan di bahagian dalam saluran nafas bawah (lower respiratory tract) yang boleh mengakibatkan radang paru-paru, Covid-19 berjangkit di saluran nafas atas dan bawah.
Ini menjadikannya bukan sahaja mampu menyebabkan radang paru-paru yang teruk, tetapi menyebar dengan mudah seperti selesema atau selesema biasa.