PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah dari rakyat Malaysia kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan di Ankara hari ini susulan gempa bumi yang meragut puluhan ribu nyawa pada 6 Februari lalu. “Saya menzahirkan solidariti Malaysia sebagai negara sahabat ketika saat getir dan sukar, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terutamanya dalam membantu warga Turkiye yang terkesan dari malapetaka gempa,” katanya. Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri juga memaklumkan kepada rakan sejawatnya mengenai bentuk bantuan yang telah diusahakan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Anwar berlepas ke Turkiye malam tadi untuk…
Read MoreDay: February 15, 2023
Anwar lawat kawasan operasi SAR Malaysia
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi kawasan operasi pasukan pencari dan penyelamat (SAR) Malaysia di Nurdagi, Gaziantep hari ini. Anwar melalui catatan di Facebooknya berkata, beliau berpeluang melihat sendiri kesungguhan, kecekapan dan tahap profesionalisme yang tinggi sewaktu pengoperasiaan carilamat mangsa gempa bumi di kawasan tersebut. “Saya dimaklumkan bahawa anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia telah menzahirkan pengorbanan dan keupayaan yang ternyata luar biasa. “Pertemuan itu juga penuh dengan perkongsian pengalaman sewaktu operasi mereka,”…
Read MoreHMM di kawasan gempa bumi Turkiye mula beroperasi
CELIKHAN : Hospital Medan Malaysia (HMM) di Turkiye yang diwujudkan bagi membantu mangsa gempa bumi di negara itu memulakan operasi dengan menerima pesakit seperti yang dijadualkan hari ini, Rabu. HMM ini ditempatkan di Celikhan, Adiyaman iaitu 152 kilometer dari Gaziantep, kawasan paling terjejas akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu. Pasukan diketuai Pemerintah Op Starlight II, Brigedier Jeneral Datul Dr Amran Amir ini akan melaksanakan misi yang di jangkakan selama enam minggu dan akan dilanjutkan sekiranya perlu. Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, HHM itu…
Read MoreHalang, kawal eksport bukan import telur
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Isu bekalan telur terus menarik perhatian apabila wakil kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat mempersoalkan tindakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengimport telur dari India. Dua Ahli Parlimen dari Johor menyentuh isu itu ketika mengambil bahagian pada sesi perbahasan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) ketika perbahasan menegaskan import telur ayam dari India bukan penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan, sebaliknya menimbulkan isu diskriminasi kepada penternak tempatan. Ia berikutan telur dari India yang bersaiz gred D dibenarkan dijual pada…
Read MorePenjenamaan Keluarga Malaysia RM62 juta
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Lebih RM62 juta dibelanjakan untuk menjenamakan kerajaan Keluarga Malaysia ketika di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selama 14 hulan. Ahli Parlimen Bera itu menjadi Perdana Menteri Kesembilan mulai Ogos 2021 hingga November 2022. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali, memaklumkan jumlah itu mewakili lebih 98 peratus daripada keseluruhan RM62,764,107.25 dibelanjakan untuk penjenamaan kerajaan di bawah tiga Perdana Menteri sejak Mac 2020 hingga 30 Januari lalu. Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, beliau menjelaskan, sejumlah…
Read MoreMuhyiddin sedia ambil tindakan dakwaan kontrak menantu
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin, akan mengambil tindakan sewajarnya susulan tuduhan beliau terbabit rasuah, khususnya berhubung dakwaan memberikan kontrak bernilai RM1 bilion kepada menantunya. Kenyataan tegas itu disuarakan Ahli Parlimen Pagoh itu ketika menjawab gesaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mencelah ketika bekas Perdana Menteri itu membahaskan usul Titah Diraja ketika Sidang Parlimen hari ini. “Itu adalah suatu fitnah dan pembohongan…tak apa kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya tanpa mengulas bentuk tindakan yang akan diambil. Poay Tiong sebelum itu bangun mengajukan soalan mengenai kontrak…
Read MoreKJ terima tawaran TMJ sertai JDT
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pelantikan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Menerusi satu hantaran Facebook tengah hari ini, TMJ berharap pengalaman luas KJ dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor. TMJ dalam catatan itu memaklumkan “Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor…
Read MoreDJ KJ hidupkan suasana pagi HotFM
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Bekas Menteri Kesihatan,Khairy Jamaluddin (KJ) Abu Bakar, berjaya menghidupkan suasana pagi ini sebagai penyampai radio atau DJ stesen radio HotFM. KJ memulakan hari pertama sebagai DJ bermula daripada pukul 6 pagi hingga pukul 10 pagi dengan ditemani penyampai radio, Johan dan AG. Sesi pengenalan hari ini dianggap berjaya berikutan ruangan ‘chat’ di saluran YouTube HotFM mencecah 10,000 komen malahan sambutan hangat pendengar menyebabkan saluran ‘streaming’ Hot FM mengalami gangguan seketika. Topik yang dibincangkan hari ini lebih menjurus mengenai keperibadian dirinya yang pernah menjadi Menteri Belia…
Read More200 kes baharu Covid-19
PUTRAJAYA 15 Feb. – Sebanyak 200 kes jangkitan harian Covid-19 dilaporkan semalam termasuk satu kes import berbanding 164 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,039,850. Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 5,001,201 adalah kes tempatan dan 38,649 kes import. Dalam tempoh yang sama, satu kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 36,953 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,354 berbanding 9,310 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,010 kes atau…
Read MoreUMNO: Onn Hafiz tolak bertanding jawatan Pusat
JOHOR BAHRU 15 Feb. – Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi tidak akan menawarkan diri bertanding jawatan UMNO di peringkat pusat termasuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan Mac ini. Beliau yang mahu memberi tumpuan kepada usaha untuk mengukuhkan pentadbiran dan pembangunan negeri Johor sebaliknya menawarkan diri untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam. Onn Hafiz sebelum ini disaran bertanding untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO berikutan kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan itu. Beliau dilihat sebagai calon yang sesuai untuk jawatan…
Read More