200 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 15 Feb. –  Sebanyak 200 kes jangkitan harian Covid-19 dilaporkan semalam termasuk satu kes import berbanding 164 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,039,850.

Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 5,001,201 adalah kes tempatan dan 38,649 kes import.

Dalam tempoh yang sama, satu kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 36,953 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,354 berbanding 9,310 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,010 kes atau 96.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 333 pesakit atau 3.6 peratus mendapat rawatan di hospital, 11 daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana lima orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 155 pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,993,543 orang.

Bagi kes harian negeri, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 62 kes termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,539,867 termasuk 9,567 kes import..

Related posts

Leave a Comment