KUALA LUMPUR 7 Feb. – Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa bagi memberi pandangan mengenai dasar kerajaan dan isu berkaitan pilihan raya serta strategi. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, ia merangkumi Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda dan Politik. Katanya , Jawatankuasa Strategi adalah untuk berdepan komunikasi dan kenyataan fitnah melampau terhadap Kerajaan Perpaduan. Sebagai contoh, beliau berkata, isu pembakaran al-Quran di luar negara baru-baru ini menyaksikan ada beberapa tokoh agama mendakwa Kerajaan Perpaduan seolah-olah tidak mengambil tindakan…
Read MoreDay: February 7, 2023
5 anggotai penasihat Menteri Kewangan
PUTRAJAYA 7 Feb. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan. Badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Hassan Marican. Empat yang lain adalah Pengerusi Eksekutif FVSB, Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Abdul Hamed Sepawi. “Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini…
Read MoreDarurat tiga bulan di 10 wilayah bencana
ISTANBUL 7 Feb. – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah tenggara yang dilanda gempa bumi besar yang meragut ribuan nyawa semalam. Dalam satu kenyataan, beliau berkata pengisytiharan itu selaras dengan Artikel 119 Perlembagaan, dan bagi memastikan kerja-kerja menyelamat dan operasi seterusnya dapat dijalankan dengan cepat. “Kami telah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat bagi memastikan kerja (menyelamat dan pemulihan) dapat dijalankan dengan cepat,” kata Erdogan. “Kami akan segera menyelesaikan proses presiden dan parlimen yang berkaitan dengan keputusan ini, yang akan meliputi 10 wilayah yang dilanda…
Read MoreAnwar kembali ke ibu pejabat UMNO
KUALA LUMPUR 7 Feb. – Selepas kira-kira 25 tahun, tidak menjejakkan kaki di Menara Dato’ Onn, Anwar Ibrahim kembali berada di ibu pejabat UMNO malam ini. Perdana Menteri tiba pada pukul 7.42 malam ini dan sempat berseloroh kepada petugas media “ini bukan mesyuarat UMNO.”. Beliau hadir untuk mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersama pemimpin parti Kerajaan Perpaduan, pukul 8.30 malam ini. Kehadiran Perdana Menteri di situ adalah selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di sana selepas dipecat daripada UMNO pada 3 September 1998. Mesyuarat turut dihadiri pemimpin utama…
Read MoreBerita pilihan…
175 kes harian Covid-19 di Malaysia
PUTRAJAYA 7 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan semalam dengan merekodkan 175 kes termasuk satu kes import berbanding 211 yang dilaporkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,999,538 dan 38,632 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 5,038,170. Satu kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,944 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 10,053 kurang 22 kes berbanding kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak…
Read MoreTurkiye berkabung tujuh hari
ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan gempa bumi dahsyat yang mencatat kemusnahan besar di negara itu. “Bendera kami akan dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua perwakilan negara kami dan negara asing,” kata Erdogan dalam satu kenyataan. Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 setakat ini dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444 menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823. Beribu-ribu lagi cedera, dan usaha pemulihan masih belum selesai sementara angka kematian dijangka meningkat dengan ketara.…
Read More