Kes harian negeri di bawah angka 100

  • PUTRAJAYA 6 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam meningkat sedikit iaitu 211 termasuk dua kes import berbanding 202 yang direkodkan kelmarin.

Menurut data portal KKMNow,  setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,999,364 dan 38,631 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 5,037,995.

Tiada kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal kekal 36,943 orang termasuk 7,870 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 10,075 berbanding 10,136  kelmarin  dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,663 kes atau 95.9 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 402 pesakit mendapat rawatan di hospital di mana 10 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana lapan orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 272 pesakit baharu dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,990,977 orang.

Sementara itu, kes harian di negeri-negeri berada di bawah 100 kes dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi 94 kes manakala tiada kes baharu di Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.

Related posts

Leave a Comment