SEPANG 6 Feb. – Malaysia menghantar 70 pegawai dan anggota daripada tiga agensi keselamatan dan kecemasan bagi membantu Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa kejadian gempa bumi di Turkiye. Pegawai dan anggota terbabit membabitkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART); Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat(JBPM). Turut serta Pasukan Perubatan, Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mereka ditugaskan untuk membantu mencari dan menyelamat mangsa bencana, di 10 wilayah yang terjejas di negara itu. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul…
Read MoreDay: February 6, 2023
12 rakyat Malaysia di kawasan gempa selamat
SEPANG 6 Feb. – Dua belas rakyat Malaysia yang dilapor berada dalam kawasan gempa bumi di tenggara Turkiye pagi tadi selamat, kata Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata pihaknya percaya semua individu terbabit adalah mereka yang bekerja di negara berkenaan. “Kita sedang mendapatkan maklumat selanjutnya dari Kedutaan Malaysia di Turkiye berkaitan keadaan dan situasi semua individu itu. “Berdasarkan maklumat awal , mereka berada dalam keadaan selamat sebelum keadaan sebenar dapat diketahui dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam…
Read MoreLebih 1,400 korban gempa Turkiye, Syria
DIYARBAKIR (TURKIYE): Angka korban tragedi gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria, hari ini, terus meningkat kepada lebih 1,400. Presiden Recep Tayyip Erdogan yang berdepan bencana terbesar dalam tempoh dua dekad pemerintahannya berkata sekurang-kurangnya 912 maut. dan lebih 5,000 orang cedera. Erdogan berkata ia merupakan bencana terburuk melanda negara itu sejak 1939, sambil menambah 2,818 bangunan runtuh dalam gempa itu. Gempa bumi pertama awal pagi tadi diikuti lebih 50 gempa susulan, termasuk satu gegaran berukuran 7.5 magnitud yang melanda pada tengah hari ketika pasukan bertungkus lumus melaksanakan operasi mencari dan…
Read MoreSolat hajat, doa selamat untuk Turkiye, Syria
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat untuk keselamatan mangsa dan keluarga mereka susulan tragedi gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria.. Sambil menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria, Seri Paduka juga berharap masjid dan surau mengadakan solat jenazah ghaib bagi mangsa yang telah kembali ke rahmatullah. Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut menzahirkan ucapan takziah. Baginda berdua turut…
Read MoreBerita pilihan…
MCMC sekat 6,381 laman sesawang judi
SEPANG 6 Feb. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian serta menamatkan perkhidmatan 212,399 talian telefon yang mempromosikan judi dan pinjaman tidak berlesen. MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekatan dan penamatan perkhidmatan itu dibuat sejak 2020 hingga 2022. Menurut MCMC, sekatan terhadap laman sesawang berkaitan judi atas talian dibuat susulan permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), terhadap kesalahan mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289). Penamatan perkhidmatan talian telefon, membabitkan talian tetap dan mudah alih, yang menghantar spam…
Read MorePolis buka 5 kertas siasatan tipu e-baucar
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka lima kertas siasatan berhubung kegiatan penipuan tawaran e-baucar atau e-ganjaran yang membabitkan kerugian RM508,261 di seluruh negara. Setiausaha PDRM Noorsiah Saaduddin berkata siasatan mendapati tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 yang membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata pengguna yang berminat menggunakan aplikasi tersebut perlu memasukkan sejumlah wang dan akan diberikan penjimatan hingga 50 peratus bagi setiap pembelian. Pengguna juga menerima mata ganjaran yang boleh ditebus menerusi pembelian barangan atau…
Read MoreKes harian negeri di bawah angka 100
PUTRAJAYA 6 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam meningkat sedikit iaitu 211 termasuk dua kes import berbanding 202 yang direkodkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,999,364 dan 38,631 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 5,037,995. Tiada kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal kekal 36,943 orang termasuk 7,870 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 10,075 berbanding 10,136 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,663 kes atau 95.9 peratus pesakit…
Read More