Remaja radikal ditahan di bawah ISA

SINGAPURA 1 Feb.- Seorang pelajar berusia 18 tahun, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah dia merancang untuk menyerang beberapa sasaran di Singapura termasuk sebuah kem tentera dan tapak perkuburan di sebuah masjid. Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, warga Singapura yang didakwa sebagai penyokong ISIS, merupakan belia warga Singapura kesembilan berusia 20 tahun ke bawah – yang ditahan atau diberi perintah sekatan di bawah ISA sejak 2015. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), dia menjadi radikal menerusi propaganda online dan berniat melakukan perjalanan ke…

Read More

PRU punca ‘pergolakan’ bukan pemilihan

SELEPAS ‘pembersihan’ dilakukan dengan yang terakhir pemecatan Tun Faisal Ismail Aziz, UMNO dengan lebih 22,000 cawangan, Pemuda , Wanita dan Puteri memulakan mesyuarat dan pemilihan mulai hari ini. Selamat bersidang! Proses demokrasi secara total diteruskan di peringkat akar umbi yang memberi kebebasan untuk memilih siapa sahaja sebagai pemimpin mereka di peringkat cawangan diikuti peringkat bahagian pada 18 Mac ini. Walaupun ‘demokrasi terpimpin’ berlaku dalam pemilihan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, anggota parti masih berpeluang secara bebas memilih pemimpin di peringkat cawangan dan di 191 bahagian. Manfaatkan pemilihan kali ini.…

Read More

PH-BN cuba bunuh kredibiliti BERSATU?

SEPANG 1 Feb. –  BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang didakwa menjadikan agensi kerajaan sebagai alat mencapai matlamat politik untuk membunuh kredibiliti parti itu dan Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin, berkata susulan pembekuan akaun parti itu, BERSATU akan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya fitnah dapat dihentikan. Beliau merujuk kepada laporan berita mengenai kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bahawa, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram. Azam…

Read More

Kenangan bersemayam di kota metropolitan

KUALA LUMPUR 1 Feb. –  Selepas empat tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong, Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini, merupakan yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Semalam genap empat tahun baginda melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019. “Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan pada pagi ini adalah merupakan kali terakhir yang dapat beta sempurnakan sebagai Yang di-Pertuan Agong,” titah baginda pada istiadat itu di Istana Negara hari ini. Al-Sultan…

Read More

Mohamad Sabu kini Datuk Seri

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, 69 mengetuai senarai penerima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Presiden Amanah itu menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri dari Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut kenyataan Jabatan Wilayah Persekutuan, enam lagi penerima SMW yang merupakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua. Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Isham Ishak; Duta Besar…

Read More

251 kes harian, aktif Covid-19

PUTRAJAYA 1 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam meningkat kepada 251 kes berbanding 198 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,036,593. Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,997,977 manakala kes import pula 38,616. Tiada kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 kekal 36,942 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Selasa meningkat kepada 9,790 pertambahan 251 kes berbanding kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,374 kes atau…

Read More