Tiga tahun Malaysia berdepan Covid-19

PUTRAJAYA 26 Jan. – Genap tiga tahun, negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, sebanyak 5,035,073 kes keseluruhan dikesan sehingga 24;Januari manakala 36,932 kematian direkodkan dan 4,988,143 orang sembuh. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama Covid-19 yang dikesan adalah pada 25 Januari 2020, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV manakala kes tempatan pertama pada 6 Februari 2020. “Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS & dapatkan vaksin Covid-19 dos primer/dos penggalak,”…

Read More

Dua lagi ADUN PH, satu PBS sertai Kabinet Sabah

KOTA KINABALU 26 Jan. –  Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti  komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR dan DAP serta PBS dilantik sebagai pembantu menteri yang baharu dalam Kabinet Sabah hari ini. Mereka yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini, adalah ADUN Inanam, Peto Galim (PH-PKR) dan ADUN Likas, Tan Lee Fat (PH-DAP). Seorang lagi ialah ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah – Parti Bersatu Sabah (GRS-PBS). Ruslan dilantik sebagai Pembantu Menteri…

Read More

CAP mahu peruntukan GEG diluluskan

SEPANG 26 Jan. – Indonesia Kerajaan didesak meneruskan larangan penuh ke atas penjualan rokok elektronik dan vape kepada generasi penamat (GEG) melalui peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menegaskan demikian berkata, usaha itu penting bagi menyelamatkan 2.06 juta nyawa khususnya kanak-kanak dan remaja yang kini menjadi sasaran penjualan rokok elektronik dan vape. Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow, berkata, pihaknya membantah cadangan supaya peruntukan GEG digugurkan sebagai alasan bagi membolehkan RUU Kawalan Tembakau diluluskan di Parlimen. Semalam, sebuah badan pemikir…

Read More

132 kes harian Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 26 Jan. –  Selepas turun kepada 101 kes kelmarin, jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 semalam menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 132 kes termasuk dua kes import. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,035,205 iaitu 4,996,602 kes tempatan dan 38,603 kes import. Pada masa yang sama, satu kematian baharu direkodkan dan ini bermakna jumlah kematian meningkat kepada 36,933 termasuk 7,866 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Rabu turun kepada 9,783…

Read More

Tentang Islamofobia, promosi keharmonian

SELEPAS  provokasi di Sweden, masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan dengan tindakan menghina kitab suci apabila muka surat al-Quran dikoyak dan dipijak di Belanda, seperti tular melakui video pada Isnin lalu. Menurut laporan media, Edwin Wagensveld pemimpin kumpulan pelampau Pegida Belanda pada Ahad mengoyak muka surat al-Quran berhampiran parlimen Belanda di The Hague dan memijaknya. Beliau yang pernah ditahan dua kali sebelum ini kerana aktiviti antiIslam mendakwa mendapat kebenaran ‘pihak berkenaan  untuk pemusnahan al-Quran’ di The Hague tetapi dilarang membakarnya. Provokasi di Belanda itu menyusul tindakan membakar satu salinan kitab suci…

Read More