Sultan ucap  Selamat Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM 21 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini yang meraikannya. Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, hari ini, baginda berharap sambutan perayaan sebegini akan terus menjadi elemen terpenting dalam mengeratkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia, serta diraikan dalam suasana muhibah, penuh toleransi dan saling hormat menghormati. “Semoga tahun baharu ini akan membawa kemakmuran, kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua,” titah baginda sambil mengharapkan perayaan diraikan dalam…

Read More

Seri Paduka santuni rakyat di Langkawi

LANGKAWI 21 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyantuni rakyat dan mengunjungi beberapa tempat di Langkawi, Kedah. Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda Seri Paduka berdua. Antara tempat yang dikunjungi baginda berdua ialah Jeti Kubang Badak, Kampung Belanga Pecah dan Kampung Jalan Baru Teluk Baru. Baginda turut berkenan mengunjungi gerai Peneram Kak Yan di Kampung…

Read More

Semoga bawa keceriaan kemakmuran

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya. Menurut Facebook Istana Negara, hari ini, baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari istimewa itu membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan kepada mereka yang meraikannya. “Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan perayaan kaum Cina sebegini akan terus mengukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan, semangat muhibah dan toleransi sesama rakyat Malaysia yang…

Read More

Chris Hipkins sedia pimpin New Zealand

WELLINGTON: Chris Hipkins bersedia untuk menggantikan Jacinda Ardern sebagai ketua Parti Buruh dan Perdana Menteri New Zealand yang baharu. Hipkins menjadi satu-satunya calon yang dinamakan untuk jawatan itu dan Parti Buruh dalam satu kenyataan mengesahkan pencalonan itu. Hipkins dijangka disahkan sebagai pemimpin baharu oleh mesyuarat 64 Ahli Parlimen Buruh atau kaukus, pada Ahad. Hipkins 44,  pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008 dan menjadi terkenal selepas menjadi barisan kerajaan New Zealand semasa penularan Covid-19 apabila dilantik sebagai Menteri Kesihatan untuk menguruskan wabak itu pada November 2020.…

Read More

Tahun Arnab diharap bawa sinar kejayaan

KUALA LUMPUR 21 Jan. –  Presiden MCA Dr. Wee Ka Siong mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina sambil mengharapkan Tahun Arnab kali ini membawa sinar kejayaan kepada semua. “Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan dan kecekalan dalam mengharungi masa depan, dikurniakan kesihatan baik berpanjangan dan sentiasa ceria,” katanya melalui Facebooknya. Bekas Menteri Pengangkutan itu juga mengingatkan pengguna jalan raya supaya menjadi pengguna yang berhemah dan bertimbang rasa, kerana jalan raya adalah milik semua, dikongsi bersama. “Selenggara kenderaan masing-masing sebelum memulakan perjalanan. Paling penting, pastikan diri terutamanya pemandu mendapat rehat secukupnya. Nikmatilah masa…

Read More

Waspada Covid-19 semasa perayaan

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina sambil mengingatkan warga Singapura untuk terus kekal berwaspada terhadap Covid-19 ketika sambutan perayaan dirai ‘sepenuhnya’ tahun ini. Sambil mengharapkan mereka diberi kesihatan yang baik, Lee menyeru rakyat Singapura agar terus menjaga antara satu sama lain dan melaksanakan tanggungjawab sosial. Dalam perutusan tahunannya sempena Tahun Baharu Cina, Lee berkata selama dua tahun perayaan itu disambut dalam keadaan sendu disebabkan pelbagai sekatan Covid-19, seperti had terhadap saiz kumpulan semasa perhimpunan sosial. “Saya pasti perayaan tahun ini amat bermakna bagi ramai orang.…

Read More

Kes harian Covid-19 catat penurunan

PUTRAJAYA 21 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 285 kes termasuk lima kes import berbanding 318 termasuk satu kes import yang dilaporkan kelmarin. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,033,943 iaitu 4,995,630 kes tempatan dan 38,598 kes import. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tujuh kematian direkodkan akibat wabak itu pada Jumaat dan ini menjadikan jumlah kematian setakat semalam sebanyak 36,930 orang. Sebanyak 300 pesakit dilaporkan sembuh semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh dalam negara meningkat kepada 4,986,943…

Read More