Chris Hipkins sedia pimpin New Zealand

WELLINGTON: Chris Hipkins bersedia untuk menggantikan Jacinda Ardern sebagai ketua Parti Buruh dan Perdana Menteri New Zealand yang baharu.

Hipkins menjadi satu-satunya calon yang dinamakan untuk jawatan itu dan Parti Buruh dalam satu kenyataan mengesahkan pencalonan itu.

Hipkins dijangka disahkan sebagai pemimpin baharu oleh mesyuarat 64 Ahli Parlimen Buruh atau kaukus, pada Ahad.

Hipkins 44,  pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008 dan menjadi terkenal selepas menjadi barisan kerajaan New Zealand semasa penularan Covid-19 apabila dilantik sebagai Menteri Kesihatan untuk menguruskan wabak itu pada November 2020.

Ketika ini Hipkins ialah menteri untuk polis, pendidikan, perkhidmatan awam dan berkhidmat sebagai ketua dewan.

Melalui Facebooknya, beliau dengan rendah diri dan berbesar hati untuk dicalonkan sebagai Ketua Parti Buruh dan Perdana Menteri New Zealand.

“Saya berbangga untuk memimpin pasukan yang begitu kuat, berbakat dan bersatu. Saya amat optimistik tentang masa depan New Zealand dan peluang di hadapan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment