Bersatu rujuk mahkamah kerusi 4 ahli Parlimen GRS

KUALA LUMPUR 17 Jan. –  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan merujuk keoada mahkamah kedudukan empat anggota Parlimen yang memenangi kerusi atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ini berikutan, keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul yang memutuskan tiada kekosongan empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli parti itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dalam kenyataannya hari ini menyifatkan Johari terkhilaf dalam membuat keputusan itu berhubung Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan. “Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, Bersatu akan merujuk perkara ini…

Read More

Belanjawan 2023 tumpu bidang baharu

PUTRAJAYA 17 Jan. –  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini dijangka memberi tumpuan kepada bidang baharu termasuk ekonomi hijau, digital serta perusahaan kecil sederhana (PKS). Katanya, selama ini bidang seperti PKS tidak diberikan tumpuan sedangkan ia adalah tunjang kepada ekonomi negara. “Jadi pada tahun ini dalam belanjawan, ini adalah antara anjakan yang akan kita lakukan Penumpuan terhadap isu perkhidmatan terutamanya teknologi digital yang kita sedikit ketinggalan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Dialog Belanjawan 2023, di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.…

Read More

Tiada bangunan mercu tanda era Anwar

PUTRAJAYA 17 Jan. –  Perdana Menteri  Anwar Ibrahim tidak berhasrat untuk membina sebuah lagi bangunan mercu tanda khusus ketika zaman pentadbirannya sebaliknya tumpuan diberikan kepada aspek kemampanan pembangunan sesebuah bandar. Katanya, dalam masa sama tumpuan juga untuk membantu golongan peniaga kecil-kecilan serta industri kecil dan sederhana (IKS). “Saya tekankan inilah dan diharap nanti akan dapat pandangan rakan-rakan bagaimana pertamanya usaha kepada kemampanan bandar umpamanya di Kuala Lumpur. “Saya kata cukuplah mercu tanda seperti menara berkembar, TRX, saya kata okey. Bawah pentadbiran Anwar, saya tidak berhajat untuk buat satu lagi (mercu…

Read More

Hutang negara hampir RM1.2 trilion

PUTRAJAYA 17 Jan. – Hutang negara termasuk liabiliti kini sudah mencecah hampir RM1.2 trilion, melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, situasi ini turut memberi kesan apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022. “Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, hari ini. Perdana Menteri berkata, ketika ini kemerosotan ekonomi masih belum reda manakala…

Read More