75 peratus syor RCI dilaksanakan TH

SEPANG 29 Julai – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik keputusan kerajaan hari ini untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kepada umum.

Menerusi kenyataannya, TH menyatakan pihaknya telah mengambil maklum syor-syor RCI berhubung apa yang berlaku sebelum tahun 2018.

“Sejak itu, TH telah melangkah ke hadapan, melaksanakan 75 peratus daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi ini.

Selebihnya kini sedang dalam proses pelaksanaan,” menurut kenyataan itu.

TH juga telah memulihkan kunci kira-kira, membina rizab, dan berjaya meningkatkan pengagihan keuntungan kepada 3.5 peratus, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Di samping itu, TH berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut.

“TH kekal komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan kepercayaan awam, serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

Tetdahulu, Kabinet bersetuju mengklasifikasi semula dan mendedahkan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata Jemaah Menteri telah diberi taklimat oleh pengurusan tertinggi TH dan memperhalusi Laporan RCI mengenai TH dari 2014 hingga 2020.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment