Covid-19 catat sedikit peningkatan

PUTRAJAYA 5 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dalam negara menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 433 kes berbanding 333 kelmarin dan 420 pada hari sebelumnya.

Menurut portal KKMNOW tiga kes import turut direkodkan berbanding satu kelmarin dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,989,679 dan 38,544 kes import.

Tiada kematian baharu dilaporkan dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia  kekal 36,859 orang termasuk 7,854 yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam adalah 11,696 kes dan daripada jumlah itu, 11,084 kes atau 94.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sebanyak 581 pesakit atau 5 peratus mendapat rawatan di hospital dengan 31 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 10 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 500 pesakit dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,979,668 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment