7 ADUN PH Sabah tolak kerajaan ‘pintu belakang’

KOTA KINABALU 5 Jan. –  Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah menyatakan pendirian untuk tidak sama sekali menyokong pembentukan kerajaan baharu melalui ‘pintu belakang’. Dalam satu kenyataan bersama malam ini, kesemua ADUN berkenaan berpendirian sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu seharusnya berdasarkan agenda yang konstruktif dan dasar yang baik demi kepentingan rakyat Sabah. “Kami memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah. Kami memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020. “Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan…

Read More

Hajiji Noor kekal Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU 5 Jan. –  Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor masih kekal sebagai Ketua Menteri selepas apa yang didakwa cubaan menukar kerajaan negeri melalui ‘Langkah Kinabalu’ menemui kegagalan.. Difahamkan ‘Langkah Kinabalu’ itu dikatakan ada kaitan dengan gerakan daripada pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Barisan Nasional (BN). Desas desus itu diperkuatkan lagi dengan laporan akan berlangsung sidang media berasingan daripada Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin. Bagaimanapun, kedua-dua sidang media itu dibatalkan tanpa maklumat lanjut. Spekulasi bermula malam tadi selepas GRS mengeluarkan…

Read More

Kikis stigma UMNO parti rasuah

KUALA LUMPUR 5 Jan. – UMNO perlu menyelesaikan dahulu stigma masyarakat terhadap parti itu yang sering didakwa mengamalkan rasuah sehingga mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berkata, UMNO sering menjadi sasaran diserang dengan isu rasuah sehingga ideologi itu berjaya ditanam dalam fikiran orang ramai sepanjang 60 tahun menjadi parti dominan. Katanya, pada PRU15 yang lalu, kehadiran orang muda (undi 18) juga menunjukkan golongan itu menolak UMNO yang diselubungi isu rasuah. “Orang kita tak kira dia ideologi apa, dia tetap tidak suka rasuah,…

Read More

Tangani segera isu Kadar Dasar Semalaman

KUALA LUMPUR 5 Jan. –  Kerajaan perlu memberi perhatian segera bagi menangani isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang memberi kesan kepada peningkatkan perbelanjaan rakyat serta kos sara hidup. Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, walaupun kenaikan hanya satu peratus, tetapi bank memperoleh kira-kira RM12 bilion setahun dan ini bermakna bank akan memperoleh kira-kira RM1 bilion sebulan daripada 10 juta peminjam. “Kerajaan kena segera tangani isu ini, kalau tidak orang akan marah,” katanya pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengah Hari Ketua Penerangan UMNO Malaysia bersama Agensi Media di Pusat…

Read More

WHO pertikai data dikeluarkan China

GENEVA 5 Jan. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertikai data yang dikeluarkan China berhubung kes kematian akibat Covid-19 yang didakwa statistik rasminya tidak menunjukkan kesan sebenar wabak berkenaan. Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, pihaknya percaya bahawa statistik semasa yang diterbitkan China kurang menggambarkan kesan sebenar wabak dari sudut kemasukan ke hospital, ICU dan jumlah kes kematian. Kenyataan Ryan itu menyusul selepas China mengumumkan bahawa situasi Covid-19 di negara tembok besar itu terkawal dan ia berjaya mengawalnya. “Kami tahu terdapat kesukaran di semua negara dalam merekodkan keluaran hospital, kemasukan dan…

Read More

Covid-19 catat sedikit peningkatan

PUTRAJAYA 5 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dalam negara menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 433 kes berbanding 333 kelmarin dan 420 pada hari sebelumnya. Menurut portal KKMNOW tiga kes import turut direkodkan berbanding satu kelmarin dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,989,679 dan 38,544 kes import. Tiada kematian baharu dilaporkan dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia  kekal 36,859 orang termasuk 7,854 yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam adalah 11,696 kes dan daripada jumlah itu,…

Read More