Zuraida dipecat, dua ADUN dilucut jawatan

SEPANG 27 Dis. – Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat 11 pemimpinnya termasuk bekas Ahli Parlimen Ampang,  Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini pernah mendakwa sebagai Presiden dan Setiausaha Agung Nor Hizwan Ahmad. Dua lagi pemimpin PBM, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Talha dan ADUN Sementa, Daroyah Alwi pula masing-masing digugurkan daripada jawatan timbalan presiden dan ketua wanita tetapi kekal sebagai ahli. Unit Penerangan PBM berkata, mereka antara 13 individu yang diberi surat tunjuk sebab oleh Jawatankuasa Disiplin PBM pada 19 Disember lalu. Sebelas pemimpin itu dipecat kerana gagal…

Read More

Menunggu keajaiban dibawa Anthony Loke

TIDAK ada apa yang mahu ditulis lagi mengenai perkhidmatan KTM Komuter. Pusing-pusing masalah yang sama. Orang Tanjong ‘kata pi mai pi mai tang tu’. Sejak komuter diperkenalkan sehingga saya pencen, masalah tetap sama. Menteri juga bertukar ganti. KTM atau Menteri Pengangkutan, Anthony Loke boleh selak dan semak balik tulisan saya di ruangan Selak Utusan Malaysia sebelum ini. Kebanyakannya isu pengangkutan awam yang ditulis berkaitan komuter. Memang ada satu ketika perkhidmatannya bagus tetapi kebanyakannya amat mengecewakan. Waktu operasi perkhidmatan sering terganggu. Masa menunggu bukan semakin baik tetapi semakin ‘karut’ menyebabkan penumpang…

Read More

Covid-19: KKM ambil langkah kawal, cegah

PUTRAJAYA 27 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat Covid-19 walaupun trend pandemik terkawal. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui sidang media pada 21 Disember lalu juga yakin bahawa  situasi kini adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagaimanapun WHO turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan semasa di China, mengenai peningkatan mendadak kes Covid-19. Golongan pakar dan penyelidik di peringkat antarabangsa menjangkakan situasi ini akan berlaku susulan keputusan pihak berkuasa negara…

Read More

Covid-19: 473 kes tempatan, 7 import

PUTRAJAYA 27 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan angka di bawah 500 kes iaitu 473 kes tempatan dan tujuh kes import berbanding 609 pada hari sebelumnya. Menurut data portal KKMNOW, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 4,985,487 adalah kes termpatan dan 38,512 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,023,999. Berdasarkan data sama, empat kematian direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 36,835 termasuk 7,849 kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, sebanyak 13,818…

Read More

Bekalan air di 472 kawasan pulih

SEPANG 27 Dis. – Bekalan air bagi 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor yang terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pulih sepenuhnya pukul 12 tengah malam tadi. Air Selangor dalam kenyataan pagi ini menyebut kawasan terbabit ialah daerah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27). “Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata kenyataan syarikat itu pada awal pagi ini.…

Read More