Covid-19: 473 kes tempatan, 7 import

PUTRAJAYA 27 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan angka di bawah 500 kes iaitu 473 kes tempatan dan tujuh kes import berbanding 609 pada hari sebelumnya.

Menurut data portal KKMNOW, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 4,985,487 adalah kes termpatan dan 38,512 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,023,999.

Berdasarkan data sama, empat kematian direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 36,835 termasuk 7,849 kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, sebanyak 13,818 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 12,888 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sebanyak 885 pesakit atau 6.4 peratus mendapat rawatan di hospital, di mana 45 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), iaitu 20 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (abp) dan 25 tidak memerlukan abp.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan semalam turut meningkat dengan pertambahan 655 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,973,346 pesakit sembuh.

Sementara itu, Selangor merekodkan 199 kes harian diikuti Pulau Pinang 49, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 44, Sarawak 31, Kedah 26, Perak 26, Melaka 22, Johor 18, Negeri Sembilan 15, Kelantan 12, Sabah 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya 11, Pahang 7, Terengganu 4, Perlis 3 dan Wilayah Persekutuan Labuan 2.

Related posts

Leave a Comment