NADMA senaraikan nama 30 mangsa

PUTRAJAYA 24 Dis. – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan senarai 30 nama mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands. Menurut NADMA, proses bedah siasat ke atas semua mangsa juga sudah selesai dijalankan dan diserahkan kepada semua waris masing-masing oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. Seramai 12 kanak-kanak, termasuk enam perempuan berusia satu hingga 12 tahun antara mangsa yang terkorban akibat kejadian tanah runtuh sekitar pukul 2.30 pagi pada 16 Disember lalu itu. Kanak-kanak lelaki yang terkorban adalah Daniel…

Read More

Tarik balik sos pasta berkrim carbonara cendawan

PUTRAJAYA 23 Dis.  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan sedang memantau proses penarikan balik Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan, produk berjenama Prego keluaran Malaysia yang didapati rosak. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20. “Pihak syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd telah mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk di pasaran secara sukarela. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti…

Read More

Operasi SAR dihenti berikutan hujan lebat

HULU SELANGOR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong petang ini dihentikan berikutan hujan lebat. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata operasi itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Katanya, operasi SAR dihentikan sementara kira-kira pukul 5.40 petang untuk keselamatan petugas yang berada di lapangan. Operasi SAR yang memasuki hari kelapan telah dimulakan seawal pukul 8 pagi, dengan dibantu oleh aset dan khidmat enam ekor anjing unit pengesan (K9) dari pelbagai…

Read More

Tun Juhar kekal Yang Dipertua Negeri Sabah

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Tun Juhar Mahiruddin, 69 sekali lagi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah bagi tempoh dua tahun, atau penggal keempat selepas pelantikannya dibuat pada 1 Januari 2011. Beliau menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung khidmatnya daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini. Lantikan itu adalah bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2024, sekali gus menyaksikan beliau memegang jawatan itu lebih 10 tahun sejak 1 Januari 2011, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah. Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil,…

Read More

Sekali lagi laungan azan berkumandang

HULU SELANGOR 23 Dis. – Laungan azan sekali lagi berkumandang di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, yang masuk hari kelapan hari ini. Kementerian Pertahanan dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan, pelbagai ikhtiar digunakan pasukan penyelamat bagi mencari seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki yang masih hilang. Anggota pasukan Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAJD), Prebet Muhammad Asyraf Ghazali melaungkan azan dan seterusnya membaca doa sebelum gerak kerja disambung. Sebelum ini, pada 21 Disember lalu,…

Read More

Tuanku Muhriz terima menghadap Anwar

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Dalam catatan Facebooknya, Anwar menjunjung kasih atas perkenan baginda Tuanku Muhriz menerima beliau menghadap pagi ini. “Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” kata Anwar. Turut berangkat Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

Read More

Covid-19: India tingkat langkah kawalan

MUMBAI 23 Dis. – India meningkatkan langkah berjaga-jaga dan mengarahkan supaya langkah pengawasan yang berterusan, terutamanya di lapangan terbang antarabangsa berikutan peningkatan kes Covid-19 di China. Perdana Menteri Narendra Modi dalam satu mesyuarat semalam mengingatkan semua pihak agar tidak berpuas hati sebaliknya menggesa orang ramai memakai pelitup muka di tempat yang sesak. “Covid belum berakhir,” kata Modi sambil meminta pihak berkuasa meningkatkan ujian, penjujukan genom, dan menggalakkan orang ramai terutama warga emas mengambil dos penggalak. Sementara itu mulai Khamis, India melakukan ujian saringan Covid-19 secara rawak terhadap penumpang antarabangsa yang…

Read More

Tiga Setpol PM angkat sumpah

PUTRAJAYA 23 Dis. – Tiga Setiausaha Politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah simpan rahsia di sini hari ini. Anwar dalam catatan di Facebooknya memberitahu, angkat sumpah ini didahului oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang merupakan Setiausaha Politik Kanan . Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi dan Chan Ming Kai. “Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Anwar. Hadir sama menyaksikan majlis angkat sumpah itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Read More

“Saya tetap UMNO, dulu, kini, selamanya “

SEPANG 23 Dis. – Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein menjawab persoalan mengenai hala tuju politiknya dengan menegaskan beliau tetap bersama dengan perjuangan parti itu buat selama-lamanya. “Saya tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya. Saya takkan ke mana. Yang cakap-cakap di luar sana hanyalah usaha untuk memburukkan dan menidakkan saya. “Perjalanan saya dalam politik sejak dari awal lagi di peringkat cawangan Sungai Mati, bahagian Ledang tidak perbah mudah. Sukar memang sukar. Jalan ke depan ni takkan sebang, “ katanya melalui hantaran video di Facebooknya semalam.. Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), itu…

Read More