Sekali lagi laungan azan berkumandang

HULU SELANGOR 23 Dis. – Laungan azan sekali lagi berkumandang di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, yang masuk hari kelapan hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan, pelbagai ikhtiar digunakan pasukan penyelamat bagi mencari seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki yang masih hilang.

Anggota pasukan Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAJD), Prebet Muhammad Asyraf Ghazali melaungkan azan dan seterusnya membaca doa sebelum gerak kerja disambung.

Sebelum ini, pada 21 Disember lalu, hari keenam, anggota Bomba dan Penyelamat juga melaungkan azan sebelum opersi SAR disambung.

Pasukan SAR memulakan tugas mencari mangsa pagi ini selepas ditangguhkan pukul 4 petang semalam kerana keadaan cuaca yang boleh membahayakan keselamatan anggota pasukan di lapangan.

Secara keseluruhan, seramai 92 individu terbabit dalam insiden yang berlaku Jumaat lalu, dengan 61 mangsa berjaya diselamatkan, 30 mangsa disahkan terkorban dan seorang lagi mangsa masih hilang.

Pasukan SAR memulakan tugas mencari mangsa pagi ini selepas ditangguhkan pukul 4 petang semalam kerana keadaan cuaca yang boleh membahayakan keselamatan anggota pasukan di lapangan.

Semalam, pasukan SAR berjaya menemui empat lagi mayat dari satu keluarga, dalam timbunan tanah sedalam kira-kira tujuh meter di Sektor C lokasi pencarian, itu yang ditemukan dalam keadaan bergulung dengan kanvas khemah.

Jumlah mangsa yang hilang seperti diumumkan semalam adalah 92 berbanding angka awal yang dilaporkan, iaitu 94 orang selepas semakan lanjut dan laporan polis yang diterima pihaknya setakat ini.

Related posts

Leave a Comment