Tiada mangsa baharu ditemukan

BATANG KALI 18 Dis. – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tanah runtuh tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali – Gohtong yang masuk hari ketiga hari ini gagal menemui sebarang mangsa baharu. Setakat pukul 6.30 petang ini, lima pasukan yang menjalankan kerja pencarian di lapangan gagal menemui sebarang mangsa sehingga operasi SAR dihentikan pada pukul 4.30 petang akibat hujan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pencarian menggunakan lapan jentera jengkaut serta Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak berhasil menemukan mangsa.…

Read More

Sambutan Hari Kebangsaan Qatar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istana Lusail di Doha, bagi menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan Qatar, semalam. Keberangkatan Seri Paduka ke majlis itu diiringi Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, serta Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah dan atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani. Menurut kenyataan Istana Negara, turut  mengiring baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan. Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di Istana Lusail pada 3.30 petang waktu tempatan disambut sendiri…

Read More

GRS gugurkan Bersatu 9 Disember

KOTA KINABALU 18 Dis. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggugurkan keanggotaan Bersatu sebagai ahli gabungan itu, menerusi satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS pada 9 Disember lalu. Timbalan Pengerusi GRS, Dr Maximus Ongkili yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, selain membincangkan pengguguran keanggotaan Bersatu dalam GRS, pihaknya juga mengekalkan kedudukan Hajiji Noor sebagai Pengerusi gabungan itu. “Kita menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil demi kepentingan kesejahteraan rakyat dan pembangunan tanah air. “Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ataupun partinya tidak ada hubungan dengan Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan yang prinsip dan matlamatnya ditolak…

Read More

MT BN tidak bincang syarat MoU

KUALA LUMPUR 18 Dis. – MIC, parti komponen Barisan Nasional (BN), mendakwa, syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui Majlis Tertinggi (MT) BN. Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran dalam kenyataan peribadinya berkata, selepas mesyuarat terakhir pada 22 November lalu, MT BN tidak pernah memanggil sebarang mesyuarat untuk membuat keputusan berkenaan secara bersama. Bahkan, tegas beliau, di bawah Perlembagaan BN, Pengerusi BN tidak boleh dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan Ahli-Ahli Parlimen BN tanpa…

Read More

Johari kosongkan kerusi DUN Gurun

ALOR SETAR 18 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Johari Abdul memaklumkan beliau telah mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan serta-merta. Bekas Pengerusi PKR Kedah berkenaan melalui rakaman video hari ini, menjelaskan beliau sudah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah, Juhari Bulat dan sah diterima pada 13 Disember atau Selasa lalu. Beliau bagaimanapun dalam video berdurasi dua minit itu tidak menyatakan sebarang sebab tindakannya itu. “Inti pati surat tersebut berbunyi saya, Datuk Johari bin Abdul, dengan ini memaklumkan kepada yang Berhormat Datuk Speaker bahawa saya mengosongkan…

Read More

Sokong Anwar tetapi ‘aku bukan robot, zombi’

PASIR GUDANG 18 Dis. – Selepas “Ku simpan risalah reformasi di dalam peti” sebagai menyatakan kekecewaan terhadap Kabinet Perpaduan, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim tampil pula dengan karya terbaru “Satu deklarasi”. Kali ini, beliau mencurahkan isi hatinya terhadap perjanjian persefahaman atau MoU antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan empat pemimpin utama parti politik atau gabungan yang membentuk kerajaan Persekutuan. Sebelum ini, kekecewaan ahli Parlimen PKR itu terhadap Kabinet Perpaduan yang melantik pemimpin terpalit kes mahkamah juga diungkapkan melalui puisi. Melalui karya terbarunya itu, beliau turut menyentuh…

Read More