Anwar saman MB Kedah

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’. Sanusi adalah pemimpin kedua Pas yang disaman selepas Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang didakwa berucap mengaitkan Anwar dengan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis. Anwar, 75, yang juga plaintif memfailkan saman terhadap Sanusi menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dengan menamakan Muhammad…

Read More

Enam ujian penentu kerajaan pimpinan Anwar

PULAU PINANG 14 Dis. – Veteran DAP, Lim Kit Siang menggariskan enam ujian yang perlu dihadapi Anwar Ibrahim bagi menentukan kelangsungan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri itu. Belau berkata enam ujian itu juga akan menentukan sama ada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar mampu bertahan sehingga lima tahun atau sebaliknya. Dalam satu kenyataan hari ini, bekas Setiausaha Agung DAP itu menggariskan enam ujian itu iaitu: Pemilihan Yang di Pertua Dewan Rakyat pada 19 Disember 2022. Kelulusan usul percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di Parlimen pada 20 Disember 2022. Perhimpunan Agung…

Read More

Mohd Shafiq terkilan, tidak puas hati

PUTRAJAYA 13 Dis. – Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,  Mohd Shafiq Abdullah yang ditamatkan tugas sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa semalam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dalam tindakan terhadapnya itu. Mohd Shafiq dalam kenyataan media hari ini juga melahirkan rasa terkilan terhadap keputusan itu dan tidak berpuas hati. “Saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam…

Read More

Cari kemenangan dengan wajah berubah-ubah

KUALA LUMPUR 13 Dis. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendakwa wujud kumpulan yang menyokong pembentukan kerajaan ketika ini yang bersedia mencari kemenangan dengan wajah berubah-ubah, melalui sokongan Islam yang bebal dan pihak yang nyata bermusuh terhadap Islam. Beliau mendakwa kumpulan itu berpaksi kepada perjuangan ideologi pragmatik yang disembunyikan dan berpura-pura dengan wajah yang dapat menarik kalangan beragama sehingga boleh ditipu atau disebabkan oleh jahil agama atau tidak beragama. Katanya, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, jumlah kerusi yang dimenangi di kawasan majoriti bukan Islam atau bukan Islam menjadi undi…

Read More

Dr Zambry lawat Pelabuhan Antwerp

MENTERI Luar, Dr Zambry Abd Kadir mengunjungi Pelabuhan Antwerp, pelabuhan komersial terbesar di Eropah. Pelabuhan itu mempunyai seramai 150,000 pekerja dan dianggap sebagai “Enjin Pembangunan Ekonomi” bukan sahaja di Belgium, tetapi di seluruh Benua Eropah. “Semasa lawatan ini, saya berpeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan fungsi dan kemudahan kapasiti besar pelabuhan ini, yang menjadikannya salah satu pelabuhan terpenting di dunia,” katanya melalui Facebooknya. Pelabuhan ini juga unik kerana ia berfungsi sebagai pengendali, pengawal selia, tuan tanah dan pembina komuniti setempat. Ini menggariskan peranan tersendiri pelabuhan sebagai tidak terhad hanya…

Read More

ADUN Bemban Ketua Pembangkang Melaka

MELAKA 13 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub kini menggalas tugas sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. Beliau menggantikan ADUN Bukit Katil yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. “Kita akan jadi pembangkang yang lebih efektif supaya dapat memberi semak dan imbang kepada kerajaan untuk menjamin kesejahteraan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN Melaka di sini hari ini. Pada masa yang sama berikutan pembentukan…

Read More

Lawatan khas Agong ke Doha

KUALA LUMPUR 13 Dis. –  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Doha, Qatar bagi mengadakan lawatan khas selama enam hari, bermula hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan media berkata, lawatan khas itu adalah atas persilaan peribadi Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya Piala Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA) Qatar 2022. Selain  menyaksikan perlawanan-perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir temasya ke-22 Piala Dunia FIFA itu, Seri Paduka Baginda turut dijadualkan…

Read More

Sah perkhidmatan Shafiq ditamatkan

PUTRAJAYA 13 Dis. – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali mengesahkan perkhidmatan Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ditamatkan berkuat kuasa semalam. Beliau berkata penamatan itu selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya. “Keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan…

Read More

Empat ahli Parlimen boleh kekal

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tampil menjelaskan bahawa empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang keluar daripada Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi mereka. Dr Wan Junaidi dalam satu kenyataan berkata, empat Ahli Parlimen GRS itu boleh kekal di kerusi masing-masing. “Saya ingin menjelaskan bahawa empat Ahli Parlimen (MP) tidak perlu mengosongkan kerusi mereka. “Selepas dimaklumkan pelbagai sumber yang boleh dipercayai pagi ini (semalam) dan tengah hari ini bahawa empat ahli parti Bersatu ini sudah meletakkan…

Read More