Kronologi di istana sebelum angkat sumpah

PUTRAJAYA 11 Dis. – Selepas dua minggu dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelaskan kronologi dan titah di dalam Istana Negara sebelum beliau mengangkat sumpah. Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan demikian supaya tidak timbul kekeliruan berhubung isu terbabit sehingga menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu. “Semalam ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, baginda nyatakan ada baiknya jika Perdana Menteri jelaskan supaya jangan timbul kekeliruan, terutamanya yang menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri…

Read More

Menteri terlibat rasuah dipecat serta merta

PUTRAJAYA 11 Dis. – Jemaah menteri yang terlibat dengan aktiviti rasuah akan dipecat serta merta, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ketika mengingatkan demikian, Anwar memberi amaran beliau tidak akan bertolak ansur dalam soal itu kerana ia berkait dengan pelanggaran tata kelola. “Saya sudah bercakap dengan semua ketua parti komponen, kalau ada kes seperti itu (rasuah) ketika pemerintahan saya. Saya minta pecat serta merta. Saya tidak tolak ansur dan ini bukan soal politik. Ini adalah keyakinan saya. “Saya telah dihumban ke penjara dan dipukul setengah mati dan sudah lama terseksa dan…

Read More

Hajiji ulangi episod 2018 keluar masuk parti

DULU, pada 2018 tajuk utama akhbar BH, “UMNO Sabah lumpuh” dan hari ini 2022, BH memaparkan tajuk “Bersatu Sabah lumpuh,”. Dulu UMNO sekarang Bersatu. Menariknya watak utama bagi kedua-dua episod ini adalah Hajiji Noor. Jika dulu bertujuan menyokong kepemimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH), kali ini mendokong kerajaan campuran pimpinan Anwar Ibrahim. Hakikatnya lompat atau keluar masuk parti sudah menjadi lumrah di Sabah. Lebih-lebih lagi, Sabah belum meluluskan Akta Anti Lompat Parti. Maka ketika tidak ada lagi lompat parti di Semenanjung, lompat melompat…

Read More

PN sebagai pembangkang

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebulat suara membuat beberapa pelantikan selaras dengan fungsi dan peranan PN sebagai satu-satunya parti pembangkang di Parlimen Dewan Rakyat ke-15. Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata, PN melantik Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli-Ahli Parlimen PN dan Timbalannya, Abdul Hadi Awang manakala beliau (Hamzah) sebagai Ketua Pembangkang. Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan sebagai Ketua Whip Pembangkang dan Timbalan Dr Ronald Kiandee. “Parti Perikatan Nasional percaya bahawa pelantikan ini dapat memperkukuh dan memperkasa peranan Ahli-Ahli Parlimen PN sebagai pihak pembangkang yang berwibawa dalam…

Read More

Muhyiddin kecewa tindakan Hajiji

KUALA LUMPUR 11 Dis. –  Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menegaskan Bersatu Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun mantan Pengerusi, Hajiji Noor, dan pengikutnya mengumumkan keluar parti. Sehubungan itu, beliau mengumumkan Naib Presiden Bersatu Dr Ronald Kiandee, yang juga Ahli Parlimen Beluran dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Sabah. “Beliau bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan Bersatu Negeri Sabah dan PN Negeri Sabah sehingga penyusunan semula Bersatu Negeri Sabah dan PN Negeri Sabah diputuskan oleh MPT Bersatu dan MT PN,” katanya dalam…

Read More

Ketua Muda Pejuang letak jawatan

SEPANG 11 Dis. – Ketua Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Abu Hafiz Salleh Huddin mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta. Abu Hafiz berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. Beliau berharap, kepemimpinan baharu sayap pemuda mampu mengemudi Pejuang Muda dengan lebih baik dan cemerlang. “Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan buat Tun Dr Mahathir Mohamad, kepemimpinan utama parti dan teman-teman kepimpinan Pejuang Muda Malaysia atas kepercayaan bagi menggalas amanah sebagai Ketua Pejuang Muda…

Read More

104 penerima darjah kebesaran, pingat

SHAH ALAM 11 Dis. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendahului senarai 104 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini. Tengku Zafrul antara dua penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri. Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Datuk Setia. Sepuluh penerima dikurniakan Darjah Kebesaran-Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa…

Read More

20 juta dijangka lawat Thailand 2023

BANGKOK 11 Dis. – Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) menjangkakan mengalu-alukan kedatangan 20 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak 2.38 trilion baht (AS$64.5 bilion) pada tahun depan. Dalam satu kenyataan, TAT memaklumkan Thailand dijangka menjana pendapatan melalui sektor pelancongan antarabangsa sebanyak 1.5 trilion baht tahun depan dan ini mewakili pulangan 80 peratus ketika prapandemik pada 2019. Pada 2019, Thailand, antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, yang telah dikunjungi hampir 40 juta orang . Bagaimanapun, industri pelancongan hampir merudum akibat pandemik Covid-19 hingga memaksa negara itu memperkenalkan syarat kemasukan yang ketat…

Read More