PN sebagai pembangkang

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebulat suara membuat beberapa pelantikan selaras dengan fungsi dan peranan PN sebagai satu-satunya parti pembangkang di Parlimen Dewan Rakyat ke-15.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata, PN melantik Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli-Ahli Parlimen PN dan Timbalannya, Abdul Hadi Awang manakala beliau (Hamzah) sebagai Ketua Pembangkang.

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan sebagai Ketua Whip Pembangkang dan Timbalan Dr Ronald Kiandee.

“Parti Perikatan Nasional percaya bahawa pelantikan ini dapat memperkukuh dan memperkasa peranan Ahli-Ahli Parlimen PN sebagai pihak pembangkang yang berwibawa dalam membawa suara serta kepentingan rakyat di Dewan Rakyat kali ini,” katanya dalam kenyataan.

Related posts

Leave a Comment