Jumlah kes Covid-19 kini 5,006,855

PUTRAJAYA 9 Dis. – Malaysia merekodkan 1,116 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,006,855 kes iaitu 4,968,389 kes tempatan dan 38,466 kes import.

Menurut data di di portal KKMNOW, sebanyak empat kematian dilaporkan termasuk satu kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,742 meninggal dunia termasuk 7,827 BID.

Sebanyak 21,473 kes masih aktif di mana daripada jumlah itu, sebanyak 20,068 kes atau 93.5 peratus peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Pada masa yang sama, sebanyak 1,324 atau 6.2 peratus sedang mendapatkan rawatan di hospital, dan daripada jumlah itu, 81 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 58 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Di samping itu, sebanyak 2,145 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,948,640 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment