KPLB kini dikenali KKDW

PUTRAJAYA 9 Dis. – Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan akronim KKDW, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri bagi kementerian berkenaan berkata nama kementerian tersebut dalam Bahasa Inggeris pula ialah Ministry of Rural and Regional Development. Bagaimanapun, visi, misi dan fungsi kementerian masih kekal, iaitu melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan bukan sahaja infrastruktur malah sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran,” katanya dalam kenyataan media. Ahmad Zahid berkata KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan dalam…

Read More

Harap PROTON keluar kereta elektrik

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berharap pada satu masa nanti PROTON dapat mengeluarkan kereta elektrik tersendiri. Katanya, di kebanyakan negara, kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta elektrik, sekaligus  kenderaan terbabit bakal menjadi pilihan rakyat. “ Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran. Namun kita perlu ingat walaupun kereta tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesen janakuasa juga mencemarkan udara. “Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara. Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun…

Read More

Dua wakil PKR dilantik Senator

KUALA LUMPUR 9 Dis. –  Bekas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Naib Presiden PKR, Saraswathy Kandasamy, akan dilantik sebagai senator bagi memegang portfolio timbalan menteri. Fuziah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, manakala Saraswathy sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Fuziah, yang juga bekas Ketua Wanita PKR sebelum ini tewas dengan calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu. Beliau tewas dengan majoriti 2,866 undi apabila Wan Razali Wan Nor (PN) memperolehi 25,514 undi…

Read More

15 muka baharu dilantik timbalan menteri

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Lima belas daripada 27 timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim malam ini adalah muka baharu, dan seorang daripada mereka dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Mereka adalah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Ahli Parlimen Beaufort Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi). Turut dilantik, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir  (Pembangunan Kerajaan Tempatan); Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang (Kemajuan…

Read More

Bekas menteri UMNO, 10 muka lama dilantik

PUTRAJAYA 9 Dis. – Seorang bekas menteri dan 10 pemimpin yang pernah menjawat timbalan menteri disenaraikan dalam barisan timbalan menteri baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. Ahli Parlimen Lenggong, Dr Shamsul Anuar Nasarah, yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau adalah antara 27 timbalan menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, malam ini. Setiausaha Agung UMNO, yang juga Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Ahmad Maslan pernah menjawat jawatan yang sama…

Read More

Kombinasi 13 PH, 6 BN, 6 GRS

PUTRAJAYA 9 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan barisan penuh 27 timbalan menteri Kabinet yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendominasi dengan 13 portfolio iaitu enam mewakili DAP, lima PKR serta dua wakil Amanah. Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak pula memperoleh masing-masing enam portfolio timbalan menteri manakala Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing mewakili satu portfolio timbalan menteri. Bagaimanapun, senarai itu tidak menyebut nama Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Timbalan Menteri Agama. Wakil DAP adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim; Chang Foong Hin (Kota Kinabalu); Liew…

Read More

Istiqamah dalam perjuangan

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Terus melangkah untuk berjuang. Itu pendirian Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Hishammuddin Hussein, yang akan terus berjuang tanpa mahu menuding jari menyalahkan sesiapa mahupun parti. Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau akan tetap istiqamah dalam perjuangannya bersama UMNO. “Walaupun tidak mudah, kita harus terus melangkah ke hadapan untuk berjuang. Saya tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa. Saya juga tidak menyalahkan parti. “Saya adalah orang perjuangan dan akan tetap istiqamah demi UMNO – dulu, kini dan selamanya,” katanya dalam hantaran di Facebook – yang pertama selepas…

Read More

Sah UMNO pecat Annuar Musa

PONTIAN 9 Dis. – UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Annuar Musa, antara tiga pemimpin akar umbi parti itu dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, berkata MKT UMNO mengambil tindakan itu mengikut fasal 10.6 Perlembagaan, yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya. Beliau berkata, ia termasuk jika seseorang ahli UMNO itu terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli. “Dua lagi ahli UMNO yang dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk…

Read More

Hanya melihat ‘rumah pusaka’ terbakar

PUTRAJAYA 9 Dis. –  Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meluahkan isi hatinya yang tersirat dipercayai berhubung pemecatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh dan ahli parti. Menerusi laman Facebooknya pada pagi Jumaat, Annuar berkata, beliau kini hanya mampu melihat sebuah rumah pusaka yang terbakar. “Malam Jumaat, saya bermimpi,Rumah pusaka saya diami terbakar. Saya syak main switch (suis utama) sudah short circuit (litar pintas) atau wayarnya terputus,” tulisnya. Menurutnya, ramai penghuni telah melarikan diri meninggalkan rumah yang terbakar atau dibakar. “Saya sayang rumah itu. Saya cuba memadam kebakaran supaya…

Read More