Kombinasi 13 PH, 6 BN, 6 GRS

PUTRAJAYA 9 Dis. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan barisan penuh 27 timbalan menteri Kabinet yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendominasi dengan 13 portfolio iaitu enam mewakili DAP, lima PKR serta dua wakil Amanah.

Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak pula memperoleh masing-masing enam portfolio timbalan menteri manakala Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing mewakili satu portfolio timbalan menteri.

Bagaimanapun, senarai itu tidak menyebut nama Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Timbalan Menteri Agama.

Wakil DAP adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim; Chang Foong Hin (Kota Kinabalu); Liew Ching Tong (Iskandar Putri); Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor); Teo Ni Ching (Kulai) dan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying.

PKR pula dibarisi Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Fuziah Salleh; Saraswathy Kandasamy; Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Sepanggar) serta Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim.

Sementara Amanah diwakili bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahary dan Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu.

Antara pemimpin yang mewakili BN itu, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, Siti Aminah Aching (Beaufort), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Dr Samsul Anuar Nasarah (Lenggong) serta Ahli Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin.

GPS pula, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, Hasbi Habibollah (Limbang), Hanifah Taib (Mukah), Huang Tiong Sii (Serikei), Lukanisman Awang Sauni (Sebuti) dan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Wilson Ugak Anak Kumbong.

Wakil dari Warisan adalah Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamad Yusuf Apdal dan GRS pula, Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akhbar Khan.

SENARAI TIMBALAN MENTERI  : –

Timbalan Menteri Kewangan
– Datuk Seri Ahmad Maslan
– Steven Sim Chee Keong

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
– Datuk Rubiah Wang

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
– Siti Aminah Aching

Timbalan Menteri Pengangkutan
– Hasbi Habibullah

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
– Chan Fong Chin

Timbalan Menteri Ekonomi
– Datuk Hanifah Hajar Taib

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
– Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri Pertahanan
– Adly Zahary

Timbalan Menteri Kerja Raya
– Datuk Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri Dalam Negeri
– Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
– Liew Ching Tong

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
– Datuk Seri Yusuf Apdal

Timbalan Menteri Sains dan Teknologi
– Datuk Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
– Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
– Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
– Ramkarpal Singh

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
– Datuk Sri Huang Tiong Sii

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
– Saraswathy Kandasami

Timbalan Menteri Luar Negeri
– Datuk Mohamad Alamin

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
– Khairul Firdaus Akbar Khan

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
– Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Pendidikan
– Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Belia dan Sukan
– Adam Adli

Timbalan Menteri Sumber Manusia
– Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

Timbalan Menteri Kesihatan
– Lukanisman Awang Sauni

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Wilson Ugak Kumbong

Related posts

Leave a Comment