25 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. Kesemua Jemaah Menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali. Menteri-menteri itu mengangkat sumpah jawatan hari ini susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu malam tadi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang…

Read More

Gobind tolak pelawaan sertai Kabinet

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Persoalan mengenai ketiadaan nama Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan terjawab apabila Ahli Parlimen Damansara itu mengakui menolak tawaran berkenan. Govind berkata, beliau dipelawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan, tetapi menolaknya atas pertimbangan sendiri. “Begitu ramai yang bertanya kenapa saya tidak tersenarai dalam Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Anwar meminta saya menjadi sebahagian daripada Menteri Kabinetnya. Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan perkara itu, saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak dapat berbuat demikian dan akan memberi tumpuan…

Read More

“Kerana dua sudu nila cemar susu sebelanga”

KUALA LUMPUR 3 Dis. – “Cemar susu sebelanga kerana  dua sudu nila” kata veteran  politik, Rafidah Aziz yang menyentuh dua perkara yang menimbulkan persoalan utama berhubung pasukan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. Dua perkara itu adalah pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang masih menanti keputusan perbicaraan kes berkaitan rasuah yang sangat panjang dan pelantikan empat senator,  tiga daripada mereka kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Ke-10 melalui media sosialnya, Rafidah berkata, dengan dua perkara itu, mereka tidak seharusnya dipertimbangkan untuk dilantik dalam…

Read More

Kabinet kalut,tidak menentu – Hamzah

LARUT 3 Dis. – “Kabinet kalut, tidak menentu dan tiada keikhlasan,” kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin ketika mengulas barisan Jemaah Menteri yang diumumkan Anwar Ibrahim malam tadi. Hamzah berkata, pengumuman Anwar mengenai barisan menteri lantikannya jelas membuktikan apa yang dijanjikan PH dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) lalu hanya untuk mencari undi dan kini tidak menunaikan janji “Dulu yang difikirkan lain, tapi lain pula yang dibuatnya. Saya kasihan, yang kalah dilantik, tapi yang menang tak dilantik, sebab itu saya kata ini ‘Kabinet kalut’,” kata Setiausaha Agung…

Read More

Zahid bersyukur dilantik TPM

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi bersyukur atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. “Tiada kata selain ucapan penuh syukur ke hadrat Allah Maha Esa atas takdir ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini. Beliau menyifatkan jawatan itu bukan kemenangan sebuah perjuangan tetapi adalah satu permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan ini. “Terima kasih atas doa tidak henti dan sokongan begitu ikhlas dari semua. Moga…

Read More

Calon BN ucap terima kasih kepada Padang Serai

PADANG SERAI 3 Dis. – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Padang Serai, C Sivaraj mengucapkan terima kasih lebih awal sebelum hari pengundian berikutan keputusan BN menarik diri bagi memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH). Dalam kenyataannya hari ini, Sivaraj akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang mahukannya berundur supaya tidak bertembung dengan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak pada pilihan raya Rabu ini. Katanya, tiada kepentingan yang lebih utama daripada ketetapan parti, namun percaya khidmatnya masih diperlukan selepas lebih tiga tahun bersama penduduk Padang Serai. “Saya tetap akan…

Read More

Kesal Anwar Menteri Kewangan, Zahid sertai Kabinet

KUALA LUMPUR 3 Dis. –  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan pengumuman  Kabinet baharu Anwar Ibrahim tetapi kesal kerana Perdana Menteri, melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan. Menurut Bersih, melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan akan melemahkan semak dan imbang yang diperlukan bagi menjamin negara tidak kembali kepada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu. “Semak dan imbang ini diperlukan bagi menjamin negara tidak kembali kepada zaman pentadbiran Najib Razak yang terpalit dengan isu 1MDB sehingga mebebankan negara,”  kata Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam kenyataan hari ini. Pada masa yang sama, Bersih juga…

Read More

Kabinet mengecewakan dalam sejarah

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihan raya apabila melantik kleptokrat menganggotai Kabinet , kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Presiden Bersatu turut menyifatkan barisan kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. “Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri. Kabinet kleptokrat yang…

Read More