Zahid bersyukur dilantik TPM

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi bersyukur atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

“Tiada kata selain ucapan penuh syukur ke hadrat Allah Maha Esa atas takdir ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau menyifatkan jawatan itu bukan kemenangan sebuah perjuangan tetapi adalah satu permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan ini.

“Terima kasih atas doa tidak henti dan sokongan begitu ikhlas dari semua. Moga Allah akan membalasnya,” katanya.

Beliau turut memuatkan beberapa keping gambar semasa mengikuti pengumuman Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri bersama keluarga, para sahabat dan saf kepemimpinan tertinggi parti di Yayasan Al Falah Country Height.

Related posts

Leave a Comment