Jualan Runtuh

KUALA LUMPUR : Jualan gudang atau jualan murah pelbagai jenis buku keluaran Kumpulan Utusan akan bermula Isnin, 2 Disember di gudang Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, No. 1&3 Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa. Harga yang ditawarkan memang harga runtuh, bermula 50 sen. Buku yang pernah mencecah beratus ringgit hanya tinggal RM10.

Sabtu lalu ketika singgah di situ, sempat sambar 11 buah buku. Nak tahu berapa harganya? Cuma RM60. Ada antara buku tu sudah ada dalam simpanan. Beli lagi untuk simpanan, mana tahu kalau ada nilai masa depan.

Buku melibatkan pelbagai jenis termasuk ilmiah, agama, politik, sosial, akademik, biografi, pertanian, kesihatan, masakan, sains, budaya, fesyen, sastera, motivasi dan macam-macam. Novel juga ada. Tidak ketinggalan buku untuk kanak-kanak.

Majalah yang masih kelihatan ada di situ termasuklah Mastika, Saji, i Sihat, Al Islam, Infiniti, Wanita. Kelihatan juga buku biografi. Bolehlah singgah untuk mendapatkan tawaran hebat ini. Jangan lupa bawa plastik, beg atau beg troli sendiri.

Related posts

Leave a Comment