GPS menang kerusi ke-23 Baram

BARAM 22 Nov. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengukuhkan kedudukannya di Dewan Rakyat setelah berjaya mempertahankan Baram, kerusi ke-23 yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Calonnya Anyi Ngau, yang juga penyandang kerusi itu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 7,339 undi selepas memperoleh 18,399 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Anyi mengalahkan Roland Engan, calon Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas Wilfredentika yang masing-masing hanya mendapat 11,060 dan 324 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Baram, Belayong Pok pukul 7.13 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 12 pusat mengundi di Baram untuk proses pengundian berlangsung, susulan beberapa pusat mengundi di situ digantung ekoran keadaan cuaca yang tidak baik pada hari pengundian 19 November lalu.

Hanya 50.76 peratus daripada 59,535 pengundi keluar mengundi

Dalam pilihan raya kali ini, GPS yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) bertanding di kesemua 31 Parlimen di Sarawak.

Related posts

Leave a Comment