PN tolak Kerajaan Perpaduan bersama PH

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa mempunyai akuan berkanun daripada 115 Ahli Parlimen menolak cadangan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH). Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan cadangan itu tetapi PN memaklumkan tidak mahu bekerjasama dengan PH, kerana itu menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dulu. Muhyiddin berkata, beliau diminta menandatangani satu dokumen berhubung cadangan itu, namun beliau menulis nota menyatakan tidak bersetuju terhadap cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di antrara PN dan PH. “Tuanku mencadangkan supaya kita…

Read More

30 ahli Parlimen BN dititah menghadap esok

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap baginda esok. Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok di Istana Negara. “Proses ini bertujuan supaya baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan dibawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan…

Read More

Keperluan wujud kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan mengenai keperluan mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan yang benar-benar mewakili semua kaum, agama dan wilayah. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata, baginda berpandangan perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak supaya kerajaan itu kukuh dan menumpu perhatian menjaga kepentingan rakyat dan memulih ekonomi. “Kerajaan yang ditubuhkan kelak juga harus mewakili semua pihak, kaum dan wilayah. Maknanya, inklusif dalam erti kata sebenar. Ini semangat kerajaan perpaduan, yang kebetulan turut saya sebutkan semalam. “Kita berilah masa sedikit untuk…

Read More

Zahid tidak wajar ‘tutup telinga’

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar menutup telinga, daripada mendengar luahan dan pandangan pemimpin serta ahli akar umbi yang mendesak beliau untuk berundur dari parti. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Ahmad Zahid perlu mendengar pandangan berkenaan serta memberi kata putus terhadap desakan kepadanya. “Presiden kena dengar pandangan daripada semua. Bila Ketua Bahagian UMNO buat kenyataan, beberapa pihak buat kenyataan. Saya harap Presiden UMNO buat pertimbangan sewajarnya. Jangan menutup telinga untuk tidak mendengar langsung pandangan,” katanya di sini.…

Read More

Bersabar tunggu kerajaan baharu

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan meneliti sokongan parti atau gabungan politik untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum (PRU15). Baginda turut menyeru agar rakyat dapat bersabar dan baginda akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung pembentukan kerajaan. “Saya baru balik ni, saya akan teliti sokongan (parti/gabungan) politik,” titah baginda. Baginda juga menyeru agar rakyat perlu bergerak ke hadapan untuk negara dan menerima apa jua keputusan rakyat serta wakil rakyat dan baginda sendiri. Kita perlu bersabar, terima keputusan rakyat, terima keputusan…

Read More

Tiada ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menegaskan tiada mana-mana dalam kalangan 30 Ahli Parlimen BN telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10. Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong. Dalam kenyataan hari ini, Dewan Tertinggi BN juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat. “Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang ketika mendepani situasi…

Read More

Cikgu Shukri MB Perlis baharu

ARAU 22 Nov. –  Buat kali pertama sejak 65 tahun, wakil rakyat Pas dilantik sebagai Menteri Besar Perlis selepas Perikatan Nasional (PN) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu. Pesuruhjaya Pas negeri itu Mohd Shukri Ramli yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau, di sini hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang sejak 2013 itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang ke-8 kira-kira pukul 4.15 petang, selepas diperkenankan Raja Perlis,…

Read More

BN mahu kekal sebagai pembangkang

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini bersetuju untuk kekal sebagai pembangkang buat masa ini, kata Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak menyokong sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan. “Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan. BN tidak menyokong PH mahupun PN. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter, hari ini. Berdasarkan keputusan BN hari ini, peluang…

Read More

Tiga ADUN BN 7 PH barisi Exco Perak

KUALA KANGSAR 22 Nov. – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, membabitkan tiga wakil Barisan Nasional (BN) dan tujuh mewakili Pakatan Harapan (PH), mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco) di Balai Istiadat Kecil, Istana Iskandariah, di sini, hari ini. Mereka melafazkan sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan menerima watikah pelantikan daripada baginda. Tiga ADUN mewakili BN – UMNO yang mengangkat sumpah ialah ADUN Lintang,  Mohd Zolkafly Harun, Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja). Tujuh ADUN daripada PH ialah ADUN…

Read More

PN-BN bincang bentuk kerajaan Pahang

KUANTAN 22 Nov. – Wakil Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN),  Tuan Ibrahim Tuan Man sudah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail. Pengesahan perbincangan itu dimaklumkan oleh Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah menerusi hantaran di Facebook, hari ini. “Berkaitan pembentukan kerajaan negeri Pahang, wakil Majlis Tertinggi PN Datuk Seri (Tuan Ibrahim) sudah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Pahang (Wan Rosdy). “Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya,” kata Saifuddin. Menerusi kenyataan media semalam, Majlis Tertinggi PN melantik Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden Pas…

Read More