DUN Tioman mengundi 7 Disember

PUTRAJAYA 19;Nov. – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang ditetapkan pada 7 Disember ini berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) hingga pukul 11.59 malam, 6 Disember 2022 (Selasa).

Urusan permohonan undi pos bagi PRU15 DUN N42 Tioman, Pahang dibuka daripada 19 November (Sabtu) dan ditutup pada 22 November (Selasa).

Permohonan undi pos bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media) hendaklah memohon secara manual menggunakan borang 1A dimuat turun daripada portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my, dan dihantar ke pejabat pegawai pengurus P091 Rompin.

“Bagi permohonan undi pos kategori 1B (warga Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori 1C (agensi atau organisasi) dilaksanakan secara dalam talian. Untuk pertanyaan atau penjelasan lebih lanjut boleh hubungi unit pengurusan undi pos di talian 03-8892 7040,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu PN akan mengumumkan calon baharu bagi mewakili gabungan itu bertanding di kerusi DUN Tioman, secepat mungkin.

Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah, berkata kepemimpinan tertinggi PN Pusat sudah dimaklumkan mengenai pemergian Md Yunus.

Kita akan mencari calon baharu sebagai ganti. Kerusi terbabit adalah kuota PAS. Justeru, PAS akan memilih calon daripada parti mereka.

Pemilihan calon baharu itu akan dibuat secepat mungkin tetapi bukan hari ini kerana semua sibuk dengan proses pengundian,” katanya kepada media selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, di sini, hari ini.

Allahyarham sepatutnya menghadapi saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Johari Hussain (UMNO), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH-Amanah), Osman A Bakar (Pejuang) serta Sulaiman Bakar (Bebas).

“Kita akan mencari calon baharu sebagai ganti. Kerusi terbabit adalah kuota PAS. Justeru, Pas akan memilih calon daripada parti mereka.

Pemilihan calon baharu itu akan dibuat secepat mungkin tetapi bukan hari ini kerana semua sibuk dengan proses pengundian,” katanya kepada media selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, di sini, hari ini.

Related posts

Leave a Comment