Pengerusi PH Sabah tewas di Tawau

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah,  Christina Liew gagal mempertahankan kerusi Parlimen Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Christina yang menyandang kerusi tersebut sejak PRU14 tewas kepada Lo Sui Fui selepas calon daripada Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menang dengan 19,865 undi dan majoriti sebanyak 3,800 undi. Christina terpaksa berpuas hati dengan undian sebanyak 16,065, manakala calon Parti Warisan, KC Chen Ket Chuin (11,263 undi). Tiga lagi calon hilang deposit iaitu Mohd Salleh Bacho (Bebas); Chin Chee Syn (Bebas) serta Herman Amdas (Parti Pejuang Tanah Air).

Read More

Suhaili kembali wakili Parlimen Labuan

PUTRAJAYA 19 Nov. – Bekas Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Suhaili Abd Rahman memenangi kerusi Parlimen Labuan dengan majoriti tipis 708 undi. Bekas Ahli Parlimen Labuan dari tahun 1999 hingga 2008 itu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Bashir Alias dengan 7,416 undi manakala penyandang kerusi Labuan yang juga calon Warisan Rozman Isli hanya memperoleh 7,310 undi. Sementara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Ramli Tahir hanya mendapat 5,307 undi; calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) Dayang Rusimah mendapat 202 undi selain Ramle Mat Daly, 90 undi. Bagi…

Read More

Pengundian 11 pusat di Baram digantung

PUTRAJAYA 19 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses pengundian di 11 pusat mengundi dalam Parlimen Baram, Sarawak digantung ekoran cuaca buruk yang menyebabkan petugasnya tidak dapat ke pusat berkenaan. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh dalam kenyataannya hari ini berkata, berikutan situasi berkenaan para petugas tidak dapat sampai ke kawasan terlibat sama ada melalui laluan darat, udara dan air. “Tarikh baharu pengundian bagi pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi,” katanya. Pusat mengundi yang terlibat adalah…

Read More

DUN Tioman mengundi 7 Disember

PUTRAJAYA 19;Nov. – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang ditetapkan pada 7 Disember ini berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan. Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) hingga pukul 11.59 malam, 6 Disember 2022 (Selasa). Urusan permohonan undi pos bagi PRU15 DUN…

Read More

BN yakin bentuk kerajaan

BERA 19 Nov. – Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan baharu malam ini, kata Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata , walaupun mampu membentuk kerajaan sendiri, kerjasama akan diteruskan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) “Saya harap sebab sasaran kita boleh lepasi 112, kita boleh bentuk kerajaan. Kalau sudah dapat majoriti mudah kita akan bentuk kerajaan. “Jika sudah boleh dapat 112 kerusi untuk bentuk kerajaan dengan majoriti mudah, kita akan bentuk kerajaan malam ini,” katanya selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)…

Read More

Calon PN Tioman meninggal dunia

ROMPIN 19 Nov. – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli, 61 meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Menurut laporan Bernama, kematian itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud. Md Yunus, daripada Pas yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua Pas Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman. Allahyarham juga merupakan bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin. Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum…

Read More

21,173,638 mengundi hari ini

PUTRAJAYA 19 Nov. – Lebih 20 juta pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang. Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah yang tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan Covid-19. Bagaimanapun hanya tiga Negeri mengadakan PRU bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perlis, Perak dan Pahang manakala Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman ditangguhkan akibat kematian calon. Pusat mengundi di Semenanjung Malaysia…

Read More