Pengerusi PH Sabah tewas di Tawau

KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah,  Christina Liew gagal mempertahankan kerusi Parlimen Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Christina yang menyandang kerusi tersebut sejak PRU14 tewas kepada Lo Sui Fui selepas calon daripada Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menang dengan 19,865 undi dan majoriti sebanyak 3,800 undi.

Christina terpaksa berpuas hati dengan undian sebanyak 16,065, manakala calon Parti Warisan, KC Chen Ket Chuin (11,263 undi).

Tiga lagi calon hilang deposit iaitu Mohd Salleh Bacho (Bebas); Chin Chee Syn (Bebas) serta Herman Amdas (Parti Pejuang Tanah Air).

Related posts

Leave a Comment