BERA 11 Nov. – Anwar Ibrahim perlu memohon maaf dan menarik balik tuduhan mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Naib Presiden UMNO yang juga penyandang Parlimen Bera itu berkata, dakwaan itu bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu. Katanya, dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu seperti sengaja mahu menimbulkan pandangan negatif masyarakat terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tambah Perdana Menteri, Anwar perlu memohon maaf dan menarik balik tuduhan sedemikian kerana ia bersifat jahat dan menghina…
Read MoreDay: November 11, 2022
Pengundian awal tentera dibayar RM300
KUALA NERUS 11 Nov. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim mendakwa berlaku pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera, Pahang hari ini malahan mereka dibayar RM300. Anwar menegaskan mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara berkenaan. “Saya menerima maklumat sahih contoh undi dari satu tempat yang saya tak boleh umumkan untuk tentera di Bera yang dibayar RM300. Soalnya mengapa dan bagaimana SPR boleh izinkan kalau mereka tahu undi awal yang sepatutnya 15 November. “Bagaimana (undi awal) boleh dijalankan hari…
Read MoreBerita pilihan…
Dua pemimpin bertemu di Phnom Penh
PHNOM PENH 11 Nov. – Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Joko Widodo membincangkan perkembangan serantau, termasuk langkah ASEAN seterusnya berhubung isu Myanmar. Kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat dua hala pada lewat petang semalam sejurus Lee tiba di Phnom Penh untuk menghadiri Sidang Puncak ASEAN yang ke-40 dan ke-41. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), kedua-dua pemimpin sudah bekerjasama rapat secara dua hala dan melalui ASEAN sejak bertahun-tahun lamanya di samping sudah sekian lama menjalin hubungan peribadi yang baik. “Mereka menegaskan keutamaan bersama kedua-dua negara dalam merangsang pemulihan…
Read MoreJanji GTA ‘9 kuasa’ di bawah Parlimen
PUTRAJAYA 11 Nov. – Gerakan Tanah Air (GTA) yang menampilkan tujuh agenda dalam manifesto gabungan itu akan meletak sembilan pegawai tertinggi kerajaan di bawah bidang kuasa Parlimen, sekiranya diberikan mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Sembilan ‘kuasa kedaulatan negara’ terbabit ialah Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara. Pengerusi Penaja GTA, Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan manifesto berkenaan melalui saluran media sosial…
Read More