Bertembung GRS-BN keunikan politik Sabah

KOTA KINABALU 8 Nov. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak boleh menghalang sesiapa pun daripada bertanding di mana-mana kawasan Parlimen di negeri itu seiring dengan amalan demokrasi di negara ini. Pengerusi GRS, Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata ini termasuk keputusan Naib Presiden Bersatu,  Dr Ronald Kiandee untuk bertanding mempertahan kerusi Parlimen Beluran atas tiket Perikatan Nasional (PN). “GRS tidak boleh menghalang sesiapa sahaja yang mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto PRU15 GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini…

Read More

BN hanya tinggal UMNO

TAMPIN 8 Nov. – Barisan Nasional (BN) hari ini tidak sama seperti BN yang dahulu kerana yang tinggal dalam parti itu hanya UMNO manakala MCA dan MIC dilihat seperti ‘separuh mati’. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, masyarakat Cina tidak lagi menaruh kepercayaan kepada MCA begitu juga masyarakat India terhadap MIC. “MCA memang dah tak relevan lagi kepada orang Cina dan BN hanya tinggal satu ‘badan’, tiada lagi ‘tangan dan kaki’. “MIC pula cukup berdrama dan cakap nak boikot pilihan raya, tapi tak sampai 24 jam kembali semula…

Read More

8 kematian 2,521 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 Nov. – Kes jangkitan harian baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan dengan 2,521 kes dilaporkan setakat malam tadi, berbanding 3,913 kes sehari sebelumnya. Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW, sebanyak 2,519 kes membabitkan penularan tempatan manakala dua lagi kes import. Jumlah itu menjadikan keseluruhan 4,929, 972 kes iaitu 4,892,581 kes tempatan dan 38,391 sejak Covid-19 mula dikesan pada Januari 2020. Bagaimanapun, lapan kematian direkodkan dengan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Setakat tengah malam tadi, statistik kematian adalah sebanyak 36,495 dengan…

Read More

Menang kerusi 112 DAP beri mandat Anwar PM

TAMPIN 8 Nov. – DAP memberi jaminan semua ahli Parlimennya akan memberi mandat sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP juga tidak akan meletakkan apa-apa syarat dan soal rundingan kerusi dalam Kabinet hanya akan dibincangkan selepas itu. Saya sudah menyatakan komitmen kita sebelum Anwar mengangkat sumpah lagi. “Bagaimana kerajaan dibentuk kita bagi mandat kepada kebijaksanaan beliau untuk mentadbir. Itu komitmen saya sebagai Setiausaha Agung,” katanya pada majlis Jelajah…

Read More

Perlis selepas Kedah,Kelantan, Terengganu

BACHOK 8 Nov. – Perikatan Nasional (PN) berkeyakinan akan dapat mengambil alih kerajaan Perlis daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden PN, Abdul Hadi Awang. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan calon PN di Parlimen Arau,  Shahidan Kassim mempunyai pengaruh yang kuat di negeri berkenaan. “Shahidan, beliau ada pengaruh di Perlis. Insya-Allah kena dengan cara kita akan dapat mengambil Perlis selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah. “Kita boleh ambil Perlis. Insya-Allah tambah lagi satu negeri di bawah pemerintahan kita dan berharap perkara ini akan berlaku dan menjadi satu titik…

Read More