Menang kerusi 112 DAP beri mandat Anwar PM

TAMPIN 8 Nov. – DAP memberi jaminan semua ahli Parlimennya akan memberi mandat sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP juga tidak akan meletakkan apa-apa syarat dan soal rundingan kerusi dalam Kabinet hanya akan dibincangkan selepas itu.

Saya sudah menyatakan komitmen kita sebelum Anwar mengangkat sumpah lagi.

“Bagaimana kerajaan dibentuk kita bagi mandat kepada kebijaksanaan beliau untuk mentadbir. Itu komitmen saya sebagai Setiausaha Agung,” katanya pada majlis Jelajah Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah di sini semalam.

“Pada 19 November, apabila kita menang kerusi ke-112, tanpa persoalan, semua Ahli Parlimen DAP akan beri mandat sepenuhnya kepada Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Ujarnya, Anwar mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik kerana beliau merupakan tokoh politik yang berpengalaman.

FOTO : Ceramah Umum dan Santuni Warga Kg Padang Jual, Johol

Related posts

Leave a Comment