Keropok beracun, Luth pula meninggal dunia

TANJONG – Luth pula ikut jejak abangnya Muhammad Akil Shauqi. Hilang sudah kesakitannya setelah bertarung nyawa selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, mengesahkan Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia pukul 1.24 tengah hari di Hospital Pulau Pinang.

“Luth sudah meninggal dunia jam 1.24 tengah hari tadi… hilang sudah kesakitannya. Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya,” katanya.

Kelmarin Muhammad Akil Syauqi, 3 menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital yang sama.

Sebelum ini Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus yang digantung pada pagar dawai dipasang pemilik kebun.

Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.

Nnn

Related posts

Leave a Comment