Rina Harun berpindah ke Sepang

SEPANG 1 Nov. – Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Rina Mohd Harun dipilih sebagai calon kerusi Parlimen Sepang bagi gabungan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengumumkan pencalonan itu pada program Jelajah Prihatin PN Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang di sini malam tadi.

Dengan pengumuman ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akan berentap dengan dua lagi pemimpin wanita, iaitu Ketua Pejuanita Pejuang, Che Asmah Ibrahim; dan Ketua Wanita Pakatan Harapan, Raj Munni Aiman Athirah.

Barisan Nasional (BN) bagaimanapun belum mengumumkan secara rasmi calon yang akan bertanding merebut kembali kerusi itu.

Kerusi Parlimen Sepang yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Sepat, Sungai Pelek dan Dengkil, ketika ini disandang oleh Mohamed Hanipa Maidin daripada Parti Amanah.

Mohamed Hanipa memenangi Parlimen Sepang dengan majoriti 1,142 undi dalam saingan empat penjuru pada PRU13 dan berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 18,705 undi, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas pada PRU14.

Beliau bagaimanapun tidak dicalonkan pada PRU15 kerana Amanah mahu memberi peluang kepada muka baharu.

Related posts

Leave a Comment