Pelantikan Sunak peristiwa penting

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyifatkan pelantikan Rishi Sunak sebagai Perdana Menteri Britain bukan kulit putih pertama adalah peristiwa penting.

“Kita mendapat berita bahawa Rishi Sunak kini menjadi Perdana Menteri. Ini satu peristiwa penting dan ia penting,” kata Biden ketika menyampaikan perutusan sempena sambutan Deepavali di Rumah Putih.

Biden berkata Sunak, yang juga berketurunan India, akan dlantik sebagai Perdana Menteri Britain hari ini selepas menghadap Raja Charles.

Sunak, 42 tahun juga bakal mencatat sejarah tersendiri menjadi pemimpin termuda mengetuai pentadbiran kerajaan Britain dalam era moden.

Keluarganya berhijrah ke Britain dari India pada 1960-an, satu tempoh ketika ramai rakyat daripada negara bekas jajahan berpindah ke negara itu untuk membantu membina semula selepas Perang Dunia Kedua.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, berkata Biden akan menghubungi Sunak dalam beberapa hari akan datang, dengan menyatakan bahawa ia adalah protokol untuk Presiden AS untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Britain yang baharu dilantik.

Related posts

Leave a Comment