Kes harian Covid-19 di Malaysia turun

PUTRAJAYA 10 Okt. – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam (Ahad) menunjukkan penurunan dengan 1,445 kes tempatan dan lapan kes import berbanding 1,627 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,816,722 kes tempatan dan 38,254 kes import.

Terdapat dua kematian akibat Covid-19 dilaporkan termasuk satu kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada 36,400 orang meninggal dunia termasuk 7,741 BID.

Kes aktif Covid-19 yang direkodkan setakat ini adalah 22,772 dengan 95.6 peratus atau 21,768 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 967 pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital dengan 15 orang daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 22 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Di samping itu, sebanyak 1,800 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,795,804 orang.

Related posts

Leave a Comment