22 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 14 April – Kementerian Kesihatan melaporkan 22 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,363 orang, daripada 4.32 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 120,592 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 117,465 individu atau 97.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 367 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,599 kes dirawat di hospital dan 161 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 62 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 99 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment