Mulai 5 Okt. tukar parti hilang kelayakan

Tukar parti hilang kelayakan mulai 5 Oktober KUALA LUMPUR 4 Okt. – Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, akan berkuat kuasa esok, 5 Oktober. Berikutan pelaksanaan akta itu, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti pada atau selepas tarikh terbabit, akan hilang kelayakannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September lalu. Katanya, akta itu sebelum ini diluluskan dengan…

Read More

Anugerah Sastera Negara Ke-15

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan mengurniakan Anugerah Sastera Negara ke-15 kepada sasterawan, Datuk Rahman Shaari. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Rahman dalam sembah ucapannya berkata mata pelajaran Kesusasteraan Melayu hendaklah terus diperkemas, dengan mengaplikasi “kaedah berfokus” dan “kaedah mengalami menghayati” yang dikenali dengan meluas sejak 1980-an. Katanya pemilihan karya untuk dijadikan teks persekolahan juga hendaklah dibuat dengan rapi dan teliti. “Jika kedua-dua segi ini berjaya dipermaju, kita tidak mempunyai alasan untuk melihat…

Read More

UMNO hormati kuasa PM

KUALA LUMPUR 4 Okt. –  UMNO menghormati kuasa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi mencadangkan mengenai pembubaran Parlimen, kata Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ditanya sama ada Perdana Menteri, Ismail Sabri  diberikan tempoh untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung tarikh pembubaran Parlimen, beliau secara berseloroh berkata “Saya bagi tahu saya nak semalam” Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak selepas mendapat mandat dari Jemaah Menteri bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi penentuan tarikh pembubaran Parlimen. Ahmad Zahid juga yakin Pilihan Raya Umum ke-15…

Read More

Hak tentu tarikh bubar budi bicara PM

KUALA LUMPUR 4 Okt. –  Hak menentukan tarikh pembubaran Parlimen adalah di bawah budi bicara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),  Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau bagaimanapun berkata, keputusan untuk membubarkan Parlimen atau sebaliknya, terletak di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. Katanya, Perlembagaan mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh menerima atau menangguhkan permohonan daripada Perdana Menteri. “Cuma sejak negara merdeka pada 1957, Perdana Menteri tak pernah berbincang dengan Kabinet (soal pembubaran), tetapi bagaimanapun dua minggu lalu, Kabinet sudah berbincang kalau keperluan…

Read More

Diskaun bayaran balik pinjaman

SHAH ALAM 5 Okt. – Kerajaan akan mengumumkan berita baik membabitkan pemberian diskaun untuk bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dalam masa terdekat. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bermatlamat meringankan beban golongan belia, khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). “Kita akan mengumumkan diskaun kepada peminjam PTPTN dari segi bayaran balik, untuk kategori tertentu,” katanya pada Sesi Dialog Awam Bersama Perdana Menteri sempena Program Idea Bina Negara di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini. Beliau menjawab soalan dikemukakan…

Read More

PN tetap tolak PRU segera

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Perikatan Nasional (PN) tetap dengan pendirian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar diadakan pada tahun ini memandangkan Monsun Timur Laut akan bermula tidak lama lagi dan banjir dijangka melanda negara terutamanya di negeri Pantai Timur. Pengerusi PN, Muhyiddin Mohd Yassin, berkata pilihan raya ketika musim banjir akan menjejaskan perjalanan pilihan raya, serta menyusahkan rakyat. Justeru semua anggota Kabinet daripada PN sudah diminta untuk menetapkan pendirian ini pada Mesyuarat Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen PN juga diminta mengambil pendirian sama. Dalam satu kenyataan hari ini,…

Read More

Masa mengundi dipanjang satu jam

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Tempoh masa pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dipanjangkan selama satu jam bagi Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Bagi Semenanjung, waktu mengundi ditetapkan ialah bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang manakala pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia adalah antara beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisyen, adil dan telus. Wan Junaidi…

Read More

Bubar tiada kena mengena dengan parti politik

SHAH ALAM 4 Okt. – Kuasa mencdangkan pembubaran Parlimen adalah dalam bidang kuasa Perdana Menteri dan tiada parti politik boleh mempengaruhi keputusan itu, kata Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Menurut Ismail Sabri, Perdana Menteri terdahulu juga tidak pernah membincangkan secara terbuka mengenai tarikh pembubaran itu, sebaliknya memutuskan sendiri bila ia akan dibubar. “Keputusan pembubaran ini tiada kena mengena dengan parti politik yang lain. Sebelum ini juga ia (tarikh) tidak pernah dibincangkan secara terbuka. Sebelum…

Read More

PRU tidak wajar disegerakan – Pas

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pas senada dengan parti pembangkang lain yang tidak bersetuju  pembubaran Parlimen dilakukan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum disegerakan. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan. Pada masa yang sama, Pas akan terus berusaha bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam pilihan raya umum sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan. Mengenai perpaduan ummah, Pas juga akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan…

Read More