JAKARTA – Gunung Semeru di Jawa Timur memuntahkan abu setinggi 1,000 meter dari puncaknya, selepas meletus tiga kali pagi ini
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), melaporkan, abu tertinggi direkodkan ketika letusan pada 6.28 pagi waktu tempatan, mencecah kira-kira 4,676 meter dari aras laut.
Data yang disiarkan di laman sesawangnya menunjukkan letusan itu berlangsung selama 140 saat, selepas dua letusan terdahulu pada 4.20 pagi dan 5.53 pagi yang masing-masing menghasilkan abu setinggi kira-kira 500 meter dan 800 meter .
Sementara itu, Gunung Ibu di Maluku Utara meletus pada 12.39 tengah malam, memuntahkan abu tebal berwarna kelabu setinggi kira-kira 200 meter dari puncak dan bergerak ke arah timur.
Menurut PVMBG, letusan itu berlangsung selama 53 saat, manakala Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur meletus pada 4.30 pagi dengan menghasilkan abu setinggi kira-kira 200 meter dari puncak.
Abu berwarna putih dari Ili Lewotolok dilihat bergerak ke arah barat laut, manakala letusan itu berlangsung selama 34 saat.
Nnnn
