Kes dijangka meningkat Oktober

BAITULMUQADDIS : Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjangkakan peningkatan kes Covid-19 di Ukraine memuncak Oktober ini, dengan hospital juga menghampiri kapasiti penuh. kata Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Bercakap pada persidangan Jawatankuasa Serantau Eropah WHO di Tel Aviv Ghebreyesus juga memaklumkan kekurangan oksigen diramal berlaku memandangkan sumber bekalan utama berada di bahagian yang ditawan di negara itu.

Oksigen penting untuk pesakit yang mempunyai pelbagai keadaan, termasuk Covid-19 dan mereka yang mempunyai penyakit kritikal lain berpunca daripada komplikasi kehamilan, bersalin, sepsis, kecederaan dan trauma.

Pencerobohan Ukraine pada Februari oleh Russia memberi kesan besar kepada penjagaan kesihatan, dengan WHO mengesahkan lebih 500 serangan terhadap infrastruktur kesihatan di sana, mengakibatkan kira-kira 100 kematian.

Selain itu, Ghebreyesus turut juga berkata, perang boleh meningkatkan penyebaran polio di mana pada 2021, dua kes polio dilaporkan di Ukraine pada 2021.

“Kami juga amat bimbang dengan potensi penyebaran polio antarabangsa disebabkan oleh jurang dalam liputan imunisasi dan pergerakan penduduk beramai-ramai yang dikaitkan dengan perang,” katanya.

Ukraine mempunyai liputan vaksinasi yang rendah untuk Covid-19 dan polio, penyakit berjangkit terutamanya yang menjejaskan kanak-kanak yang boleh menyebabkan lumpuh dan membunuh dalam kes yang jarang berlaku.

Tahun ini, Israel, Britain dan Ameriak Syarikat (AS) semuanya telah melaporkan penularan polio di bandar-bandar utama, menimbulkan kebimbangan mengenai jangkitan itu merebak dengan lebih meluas.

Related posts

Leave a Comment