Ratu Elizabeth II mangkat

LONDON: Ratu Elizabeth II, pemerintah Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, mangkat tengah hari Khamis, pada usia 96 tahun.

Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari.

“Ratu mangkat dalam keadaan tenang di Istana Balmoral (Scotland) tengah hari tadi selepas 70 tahun bertakhta,” kata kenyataan itu.

Putera tertua dalam kalangan empat anak baginda, Putera Charles, 73, secara langsung menaiki takhta sebagai Raja, sekali gus melakar sejarah sebagai pewaris takhta tertua dalam sejarah Britain.

Terdahulu, anggota kerabat diraja bergegas untuk berada di sisi Ratu Elizabeth selepas pasukan perubatan bimbang keadaan kesihatan ratu yang dinasihatkan kekal di bawah pemantauan perubatan.

Ratu Elizabeth, tokoh paling lama memerintah Britain dan pemerintah tertua di dunia dilaporkan menghidap ‘episodic mobility problems’ sejak hujung tahun lalu.

Kenyataan itu turut menjelaskan Putera Charles selaku putera sulung baginda dan pewaris takhta, dan isteri, Camilla berangkat ke Istana Balmoral, istana yang dihuni bersama putera sulungnya, Putera Wiliam.

Kemangkatan baginda diumum sejurus selepas pihak istana semalam mengesahkan baginda gering dan doktor amat bimbang terhadap kesihatannya.

Semua anak baginda, Charles, Puteri Anne, 72, Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, berkumpul di Istana Balmoral di tanah tinggi Scotland.

Menyertai mereka ialah anak Charles, Putera Prince William, dan adiknya Putera Harry.

Dua hari lalu Ratu Elizabeth, menyaksikan upacara angkat sumpah Perdana Menteri baharu Britain, Liz Truss, sebagai Perdana Menteri ke-15 di bawah pemerintahan baginda dan dilihat lemah serta bertongkat, namun masih tersenyum ketika bergambar.

Related posts

Leave a Comment