Kes harian meningkat semula

PUTRAJAYA 7 Sept. – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini meningkat semula semalam apabila angkanya naik kepada 2,428 berbanding 2,067 kes kelmarin  menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,797,437.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, kes yang dilaporkan itu membabitkan 2,426 kes penularan tempatan dengan dua lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Secara keseluruhannya, negara masih mempunyai 27,076 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 25,650 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Bagi kes kematian pula, tujuh kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 36,262 kes.

Sementara itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 868 berbanding 589 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 429 (454), Perak 194 (145),

Sabah 169 (160), Sarawak 111 (132), Negeri Sembilan 102 (90), dan Kedah 101 (80).

Ini diikuti Pulau Pinang 96 (62), Melaka 80 (74), Johor 72 (69), Pahang 58 (62), Kelantan 56 (67), Wilayah Persekutuan Putrajaya 42 (49), Terengganu 36 (27) Perlis 11 (3) dan Wilayah Persekutuan Labuan 3 (4).

Related posts

Leave a Comment