Pas tidak terdesak bersama UMNO

YAN 3 Sept. – Pas tidak terdesak untuk bekerjasama dengan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),  terlalu bergantung seolah-olah parti itu tidak dapat hidup tanpa UMNO, kata Mursyidul Am,  Hashim Jasin. Beliau berkata, Pas sudah melalui pelbagai fasa dan cabaran sepanjang penubuhannya sejak 1951. “Nak kata terdesak ertinya kita tak boleh hidup tanpa dia (UMNO) sedangkan kita sejak 1951 sehingga sekarang sudah lalui macam-macam (bertanding solo), tekanan, seronok apa semua kita lalui. “Kita ada tempat kita berpandu (iaitu) al-Quran, sunnah dan syarak, maka kita rasa tenang dan lapang…kalah…

Read More

Guna ‘hijau’ elak keliru ‘biru’

ALOR SETAR 2 Sept. – Cadangan Pas untuk menggunakan logo sendiri di Terengganu, Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bagi mengelakkan pengundi keliru dengan warna biru. Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.berkata, cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan datang. .“Tujuannya kami tidak mahu pengundi keliru dengan warna biru,” katanya selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di sini. Sebelum ini di Konvensyen PN, perwakilan dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang…

Read More

Padang Terap kawasan industri baharu

PADANG TERAP 2 Sept. – Pembangunan Bandar Getah Kedah (KRC), akan menjadikan Padang Terap kawasan industri baharu dan daerah termaju di Kedah, yang dapat meningkatkan perdagangan dengan negara jiran. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata, Padang Terap akan dijadikan bandar sempadan utama negara, sekali gus menyumbang kepada perdagangan Malaysia-Thailand. Katanya, dengan pembangunan itu juga ia akan turut menawarkan 6,000 peluang pekerjaan kepada penduduk. “Ketika melancarkan KRC pada Februari lalu, saya percaya Padang Terap bakal menjadi daerah maju dalam tempoh masa terdekat kerana potensi dalam industri getah yang dibangunkan Malaysia dan…

Read More

Hujan lebat berterusan November

KUALA LUMPUR 2 Sept. –  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi. BH melaporkan hari ini, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan. Beliau berkata, METMalaysia meramalkan,…

Read More

Ada pertambahan kes harian

PUTRAJAYA 2 Sept. – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam terus meningkat dengan merekodkan 2,356 kes setakat tengah malam tadi berbanding 2,340 kelmarin dan 2,144 sebelumnya. Menurut laman sesawang COVIDNOW, kes baharu yang dilaporkan itu membabitkan 2,351 kes penularan tempatan dengan lima lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan Covid-19 di negara ini mencecah 4,784,980 kes sejak ia dikesan di negara ini. Setakat ini, terdapat sebanyak 31,463 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu 95.6 peratus bersamaan…

Read More

Dos penggalak sasar varian Omicron

WASHINGTON: Panel penasihat kesihatan Amerika Syarikat (AS) setuju mengesyorkan vaksin dos penggalak Covid-19 Pfizer yang menyasarkan varian Omicron kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan. Panel juga mengundi untuk mengesyorkan versi kemas kini vaksin dos penggalak Moderna, untuk digunakan kepada orang dewasa sahaja. Kelmarin , Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin dos penggalak Moderna dan Pfizer-BioNTech yang ditambah baik. Langkah FDA itu meliputi pengubahsuaian ‘resipi’…

Read More

70 % rakyat Singapura sokong hukuman mati

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Hampir 70 peratus atau tujuh daripada 10 penduduk di Singapura menyokong hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah, kata Menteri Dalam Negeri yang juga Menteri Undang-undang Singapura, K. Shanmugam Katanya, hasil kaji selidik yang dilakukan pada 2021 juga mendapati 80 peratus rakyat negara itu turut mahu hukuman sama dikenakan terhadap kes pembunuhan. Shanmugam berkata, kajian yang dilakukan di wilayah yang paling menjadi tumpuan penyeludup ke negara itu mendapati, kira-kira 69 peratus termasuk penduduk di selatan Malaysia mengatakan hukuman mati lebih berkesan daripada penjara seumur hidup.…

Read More