PRU-15 : Lima penjuru di Putrajaya ?

PUTRAJAYA 21 Ogos – Berdasarkan situasi semasa, kawasan Parlimen Putrajaya dijangka menghadapi pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Barisan Nasional (BN) yang akan mempertahankan kerusi itu dijangka berhadapan Bersatu, Amanah, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

“Kita akan lawan habis-habisan demi mempertahankan kerusi ini yang dimenangi BN sejak dulu lagi demi kepentingan rakyat di sini,” katanya ketika ditemui pada Program Merdeka @Komuniti Peringkat Parlimen Putrajaya, di Presint 7, semalam.

Beliau juga mengesahkan , UMNO Bahagian Putrajaya hanya mencadangkan satu nama, iaitu beliau sendiri bagi mempertahankan kerusi itu.

Tengku Adnan, 72 menang kerusi Parlimen terbabit pada PRU 2004, iaitu pilihan raya pertama membabitkan kawasan itu yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Related posts

Leave a Comment