Indonesia sahkan kes cacar monyet

JAKARTA 21 Ogos – Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan kes jangkitan cacar monyet pertama di negara itu, semalam yang melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari luar negara.

Menurut Kementerian Kesihatan, lelaki warganegara Indonesia yang berusia 27 tahun itu dikesan positif di sini, pada lewat Jumaat dan dalam keadaan baik dengan menunjukkan gejala ringan.

Lelaki itu sedang menjalani kuarantin di rumah manakala proses pengesanan kontak rapat sedang dijalankan dan kesemua mereka akan menjalani ujian saringan.

Indonesia setakat ini telah mendapatkan perolehan 10,000 dos vaksin bagi cacar monyet.

Kementerian Kesihatan turut menggesa agar orang awam kekal tenang kerana cacar monyet boleh dirawat dan setakat ini negara itu telah mengesan 22 kes yang disyaki di seluruh negara di mana kesemuanya negatif.

Sebelum ini, Singapura melaporkan kes pertama cacar monyet bulan lalu dan mengesahkan 15 kes setakat 5 Ogos di samping kes juga direkodkan di Filipina dan Thailand.

Related posts

Leave a Comment