Biden tidak mahu berbalah

WASHINGTON: Calon Presiden, Joe Biden, menjangkakan akan meraih lebih 300 undi elektoral sekaligus memenangi Pilihan Raya Presiden dengan  “majoriti jelas”.

“Jumlahnya menunjukkan kepada kami..ia adalah jelas dan meyakinkan: Kami akan menang pilihan raya ini,” katanya dalam ucapan kepada seluruh negara hari ini (Jumaat malam waktu Washington),

Calon Demokrat itu juga berikrar bahawa pengiraan undi akan tetap diteruskan ketika beliau mendahului saingan di beberapa negeri yang sengit.

Beliau nampak optimis Demokrat akan mencipta sejarah kemenangan di negeri-negeri seperti Georgia dan Arizona.

Setakat ini, Associated Press mengunjurkan bahawa Biden mendahului saingan dengan 264 sementara Trump 214 undi.

“Undi anda akan dikira. Saya tidak peduli sejauh mana ada pihak yang cuba untuk menghentikannya. Saya tidak akan membiarkannya berlaku,” tegas Biden.

Biden juga sudah pun bersedia untuk mengambil tempat di Rumah Putih meskipun beliau belum diisytihar sebagai pemenang.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa kami tidak menantikan untuk menjalankan tugas” kata beliau.

Biden juga berkata beliau dan rakan gandingannya Kamala Harris, sudah mengadakan taklimat-taklimat pada minggu ini mengenai ekonomi dan virus korona sedang Amerika terus melaporkan jumlah rekod harian bagi kes jangkitan Covid-19.

Hampir 24,000 orang meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

kata Encik Biden yang berusia 77 tahun, sambil menambah bahawa beliau mahu keluarga-keluarga yang terjejas tahu bahawa mereka tidak bersendirian.

Beliau juga bercakap mengenai jutaan rakyat Amerika yang masih kehilangan pekerjaan dan berdepan kesukaran melunaskan hutang rumah atau membeli makanan.

“Kita tidak boleh membuang masa lagi berbalah atas dasar berpihak kepada mana-mana parti,” kata beliau.

Biden pada mulanya merancang memberi ucapan  untuk meraikan kemenangan tetapi mengubah pendekatannya kerana masih belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana rangkaian penyiaran televisyen ataupun pihak-pihak yang meramalkan kemenangan pilihan raya.

Sungguhpun demikian, ucapannya itu masih boleh dianggap sebagai cabaran kepada Trump, yang tidak muncul di Rumah Putih sedangkan Biden meluaskan lagi jurang untuk mendahuluinya di empat negeri yang akan menjadi penentu keputusan: Pennsylvania, Georgia, Arizona dan Nevada.

Biden kini mendahului Trump dengan 4.1 juta undi daripada jumlah rekod 147 juta undi.

Beliau berkata, rakyat Amerika telah memberikan beliau mandat untuk menangani pandemik Covid-19, kelembapan ekonomi, perubahan iklim dan perkauman sistemik.

“Mereka menunjukkan dengan jelas bahawa mereka mahu negara bersatu, bukan berpecah-belah,” kata Biden yang berharap berucap kepada seluruh negara sekali lagi pada Sabtu. 

Related posts

Leave a Comment